Jangan guna ‘hand sanitizer’ untuk cuci tangan sebelum makan! Ini sebabnya


Hampir semua orang pasti pernah atau akan menggunakan hand sanitizer terutamanya ketika di era pandemik COVID-19 kini.

Ia kerana cecair pencuci tangan ini merupakan antara senjata utama untuk memerangi wabak pandemik yang sedang melanda dunia.

Sesuai dengan namanya, ia sudah tentu akan digunakan pada tangan untuk membasmi kuman, bakteria atau virus.

Namun pernahkah anda terfikir adakah selamat untuk makan dengan tangan selepas menggunakan ia? 

Apa itu hand sanitizer?

Hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikro organisma.

Mikro organisma yang dimaksudkan di sini adalah kuman, bakteria atau virus menjadikannya sangat sesuai melawan jangkitan.

Kini, individu sering menggunakannya kerana ia adalah satu kaedah yang cepat dan mudah dalam memastikan tangan sentiasa ‘suci’.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh dibawa ke mana-mana di dalam kocek serta boleh dibeli di mana-mana farmasi, kedai runcit atau pasar raya.

Persoalannya, adakah ia begitu berkesan? Ya, tahap keberkesanannya dalam membasmi mikro organisma pada tangan adalah sekitar 80% ke 90%!

Namun, ketahuilah bahawa di sebalik kegunaannya ini tersembunyi juga beberapa bahaya yang lain.

Apa bahaya hand sanitizer?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, cecair pencuci tangan ini mengandungi alkohol bagi membasmi mikro organisma.

Namun, alkohol yang digunakan ini mungkin sahaja menjadi duri dalam daging dan mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Food And Drug Administration (FDA), didapati bahawa ada produk pembasmi kuman tangan ini yang mengandungi kandungan alkohol berbahaya.

FDA menyatakan lagi bahawa kandungan tersebut adalah metanol iaitu satu bentuk alkohol berbahaya yang berisiko meracun tubuh badan manusia.

Meskipun tidak semua produk mengandungi alkohol berbahaya dan menggunakan isoprosil sebagai alternatif, namun ia masih tidak selamat jika termakan atau terminum.

Berikut merupakan kesan keracunan alkohol daripada hand sanitizer yang mungkin boleh terjadi:

  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Sakit kepala
  • Kekejangan tubuh badan
  • Kabur penglihatan
  • Punca buta
  • Rosak sistem saraf

Apa yang lebih menakutkan, ia juga mungkin boleh mengakibatkan kematian sekiranya tertelan dalam kandungan yang sangat banyak.

Kes keracunan dan kematian akibat hand sanitizer

FDA memberitahu sekurang-kurangnya terdapat empat kes kematian di New Mexico disebabkan keracunan alhokol yang terdapat di dalam cecair pencuci tangan.

Mengikut Pusat Racun Negara pula, sebanyak 4 kes tempatan telah dilaporkan berkait dengan keracunan hand sanitizer.

Kes tersebut melibatkan kanak-kanak berusia 5 bulan sehingga 2 tahun yang tertelan cecair ini yang tidak disimpan dengan selamat.

Selain itu, terdapat kes lain yang dilaporkan di Australia pada tahun 2014, di mana kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dibawa ke bahagian kecemasan hospital dengan tahap kesedaran yang berubah-ubah.

Terdapat kajian lain yang diterbitkan pada tahun 2011 mendedahkan satu kes keracunan etanol akut pada gadis yang berusia 6 tahun berikutan terminum pembersih tangan berasaskan alkohol di sekolah.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia mungkin selamat digunakan pada kulit namun bahaya jika termakan atau terminum!

Selamatkah jika guna sebelum makan?

Ada individu yang percaya bahawa ia merupakan alternatif untuk mencuci tangan sekiranya tiada sumber air berdekatan.

Ya, kepercayaan ini mungkin tepat terutamanya di era pandemik yang memerlukan kita menjaga kebersihan dengan baik.

Disebabkan itu, wujud segelintir individu yang menggunakan cecair ini untuk membersihkan tangan setiap kali sebelum makan.

Untuk pengetahuan anda, perbuatan ini adalah satu kesilapan yang sangat besar!

Pertama sekali, ini tentulah disebabkan oleh bahaya hand sanitizer yang meningkatkan risiko anda tertelannya secara oral lantas meracuni tubuh badan.

Bukan sahaja disebabkan oleh kandungan alkohol itu sahaja malahan juga kandungan bahan lain di dalamnya seperti pembersih dan pewangi yang berbahaya.

Jadi, adakah anda tidak boleh langsung menggunakan cecair pencuci tangan setiap kali sebelum tiba waktu makan?

Tidak, anda masih lagi boleh menggunakannya sebelum makan namun ia perlu dicuci semula dengan air dan sabun!

Konklusinya, bahaya hand sanitzer ini memang benar wujud terutamanya jika menggunakan produk keluaran yang tidak diperakui.

Oleh itu, sentiasa teliti label setiap kali sebelum membeli dan menggunakan produk selain mengelak daripada tertelan secara oral.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *