Jangan Goncang Pakaian! Ini Saranan KKM Cara Cuci Pakaian Pesakit COVID-19 Di Rumah


Ekoran daripada penularan wabak COVID-19 ketika ini, ada pesakit yang perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah, mengikut kepada kriteria seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pesakit yang menjalani kuarantin sendiri di rumah perlulah mengasingkan dirinya daripada ahli rumah yang lain sepanjang tempoh kuarantin sehinggalah pesakit itu disahkan sembuh.

Justeru, bagi sepanjang tempoh kuarantin itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi saranan dan cara yang betul ketika mencuci pakaian dan linen yang telah digunakan oleh pesakit:

  1. Simpan pakaian atau linen di dalam beg plastik dan ditutup sehingga ia dibasuh.
  2. Jangan campur dengan pakaian ahli keluarga atau rakan serumah yang lain.
  3. Pakai pelitup muka dan sarung tangan ketika mengendalikan pakaian kotor.
  4. Jangan goncang pakaian dan linen kotor kerana virus boleh merebak ke udara.
  5. Gunakan air dan sabun pencuci pakaian biasa untuk membersihkan pakaian dan linen.
  6. Sebaik-baiknya, cuci pakaian dan linen dengan air panas 60°C sehingga 90°C. Jika cucian tangan, rendam pakaian di dalam air panas terlebih dahulu sebelum mencuci.
  7. Buka sarung dangan dan cuci tangan menggunakan sabun selepas selesai mencuci.
  8. Keringkan pakaian dan linen di bawah sinar matahari.
  9. Cuci tangan selepas menyidai pakaian dan linen.
jangan goncang pakaian! ini saranan kkm cara cuci pakaian pesakit covid-19 di rumah

Sumber : KKM


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *