‘JANGAN’ dalam perhubungan cinta anda!


Jangan sesekali bandingkan si dia

Bagaimana perasaan anda jika anda dibandingkan dengan orang lain? Tentunya anda tidak suka kan, begitu juga si dia. Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasih anda. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar.

Jangan sesekali berbohong

Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”

Jangan lupa hari-hari penting si dia

Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endah dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda. Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.

Jangan terlalu cemburu buta

Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan!

Jangan terlalu uji cinta si dia

Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

Jangan luahkan kata-kata yang boleh sakitkan hatinya

Anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda semasa bertengkar dengannya. Jangan hina dirinya dengan ayat atau perkataan yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

Jangan buka aib si dia/jatuhkan air mukanya

Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.

Akhir kata, jagalah perhubungan anda sebaik mungkin ‘jangan’ disebabkan benda kecik boleh mendatangkan masalah yang besar okay.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *