Jalan kaki senaman terbaik semasa pandemik


Kita semua sedang berusaha melindungi diri dari ancaman korona virus. Tubuh yang sihat amat penting kepada setiap manusia pada masa ini.

Senaman adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan. Senaman paling mudah dan murah adalah dengan berjalan kaki, anda hanya perlukan sepasang kasut sukan yang selesa dan boleh terus mulakan senaman ini.

Berikut adalah lima alasan mengapa jalan kaki adalah latihan terbaik untuk dilakukan selama pandemik Covid-19 ini:

1. Meningkatkan kekuatan otot

Seiring pertambahan usia, kekuatan otot akan berkurangan. Berjalan kaki telah terbukti dapat mengatasi kesan penuaan pada otot.

Berjalan kaki juga dapat membina otot di bahagian tertentu tubuh, terutama di punggung dan kaki.

2. Menjadikan tulang lebih kuat

Pertambahan usia juga akan menjadikan tulang menjadi lemah. Ini menjelaskan mengapa postur dan gaya berjalan berubah secara drastik ketika manusia bertambah tua. Jalan kaki diyakini dapat memperkuatkan tulang.

Bentuk latihan ini juga memberikan sejumlah tekanan kepada tulang dan sel-sel yang disebut “osteoblast” yang memberi respon baik terhadap tekanan apabila berjalan kaki, sehingga mencegah kehilangan kepadatan tulang.

3. Membakar lemak tubuh

Jalan kaki adalah salah satu latihan terbaik untuk menurunkan berat badan tanpa harus bergantung pada peralatan olahraga.

Kajian menemukan bahawa dengan berjalan kaki secara teratur dapat membantu menurunkan berat badan dengan membakar lemak. Mereka yang bertubuh gemuk akan mendapat manfaat dari kesan pembakaran lemak apabila berjalan kaki.

4. Meningkatkan keadaan hati yang baik

Banyak orang menderita pelbagai jenis penyakit semasa pandemik ini akibat pelbagai masalah yang melanda.

Berjalan kaki adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini kerana aktiviti ini telah terbukti memberi kesan positif kepada suasana hati.

5. Meningkatkan kesihatan jantung

Berjalan kaki adalah latihan terbaik untuk dilakukan selama masa dalam tempoh dihadkan kawalan pergerakan ini kerana efeknya berkaitan dengan kesihatan jantung.

Berjalan kaki juga akan meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah sekaligus menjadikan jantung lebih kuat. Oleh itu, berjalan kaki akan mengurangi risiko serangan penyakit jantung.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
1
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *