Jadikan Berkhemah Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga


Aktiviti berkhemah antara hobi rekreasi yang mengasyikkan apatah lagi jika dapat dilakukan bersama keluarga. Selain dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan ia turut memberi ketenangan mental dan fizikal.

Malah, berkhemah turut memupuk kesedaran untuk lebih menghargai keindahan alam semulajadi. Ia boleh dijadikan sebagai aktiviti terapi menghilangkan stres dan tekanan terutama di kala pandemik.

Tidak perlu pergi jauh, aktiviti ini boleh juga dilakukan di halaman rumah bersama anak-anak.

Tetapi jika anda ingin melakukan di hutan atau tempat yang lebih mencabar, pilihlah tempat yang selamat, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menepati citarasa para pencinta alam semulajadi.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, cuba lihat antara manfaat berkhemah.

1. Jadi lebih aktif

Aktiviti ini akan membuat anak-anak lebih aktif

Melakukan aktiviti ini, memerlukan anda lebih aktif kerana kebanyakan kegiatan dilakukan adalah aktiviti di luar. Seperti mencari kayu, mendirikan khemah, menjelajahi alam, memancing, dan sebagainya.

Aktiviti ini akan membuat anda dan anak-anak lebih aktif dan sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran dalam mencari sebarang penyelesaian sekiranya menghadapi sebarang masalah sewaktu berkhemah.

2. Tidur lebih nyenyak

Dengan semua aktiviti berat semasa berkhemah, akan membuatkan anak-anak cepat penat dan mengantuk. Ini akan mendorong mereka tidur dengan lebih nyenyak.

Dengan keadaan luar yang segar dan udara yang nyaman akan memberikan tidur yang lebih bermanafaat dengan fikiran yang lebih tajam serta positif.

3. Meredakan stres

Apabila berada di kehidupan semulajadi, fikiran akan lebih damai sekaligus menjadi terapi terbaik untuk meredakan stres atau tekanan.

Meninggalkan semua teknologi seperti komputer atau telefon bimbit akan membantu merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam.

4. Mengeratkan hubungan

Saat dihabiskan bersama keluarga sewaktu berkhemah akan menjadi momen paling indah untuk anda sekeluarga.

Berkhemah sambil menghabiskan masa bersama keluarga menawarkan kesempatan untuk menjalin ikatan yang lebih erat yang sukar untuk anda alami apabila menghadapi rutin biasa.

Di waktu ini, aktiviti yang dilakukan bersama-sama seperti membina khemah, bercerita dan memasak akan mengeratkan lagi kasih sayang sekeluarga. Saat ini adalah momen paling indah yang pasti akan diingat sampai bila-bila.

5. Mempelajari perkara baru

Anak-anak akan mempelajari mengenai tumbuh-tumbuhan dan haiwan di sekitar kawasan perkhemahan. (Gambar Rawpixel)

Berkhemah menawarkan pelbagai ilmu baru kepada anak-anak. Misalnya mereka akan belajar cara mendirikan kemah, menyalakan unggun api, memasak dan lain-lain. Mereka turut belajar cara untuk meneruskan hidup walaupun mengalami kesukaran.

Di samping itu, jika berkemah di hutan, anak-anak juga akan belajar mengenai tumbuh-tumbuhan dan haiwan di sekitar kawasan perkhemahan.

6. Lebih menghargai alam

Aktiviti berkhemah mengajar tentang kasih sayang terhadap alam sekitar. Anak-anak juga akan lebih menghargai alam dan akan terus menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata, menjaga sungai dan tidak melakukan pembakaran sewenangnya.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *