Ini Idaman Setiap Wanita – Kisah Suami Tanam Bunga 2 Tahun Untuk Isteri

Ada Satu kisah ini, seorang suami sanggup tanam bunga selama 2 tahun khas untuk si isteri tersayang kerana isterinya menghidap depression.
Mr dan Mrs Kurosaki berkahwin pada 1956 dan dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup secara sederhana dengan bertani di Bandar Shintomi di wilayah Miyazaki.
Tragedi berlaku apabila Mrs Kurosaki disahkan menghidap diabetis. Hanya selepas 1 minggu mengetahui dia menghidap penyakit tersebut, Mrs Kurosaki diuji lagi dengan kehilangan kedua-dua penglihatan matanya akibat komplikasi diabetis.
Mrs Kurosaki tertekan dan mula mengasingkan diri dari dunia luar. Dia tidak mahu berjumpa dengan orang lain dan hanya mengurungkan diri di rumah sendirian.
Bimbang keadaan menjadi lebih parah, suaminya Mr Kurosaki telah menanam lebih 7,000 bunga moss phlox atau pink shibazakura dalam tempoh 2 tahun. Mr Kurosaki memilih bunga pink ini bukan kerana rupanya yang cantik, tetapi kerana baunya yang menarik.
Ini mengingatkan dia bahawa kecantikan itu tidak selalunya pada rupa sahaja.
Menyedari kehadiran haruman bunga di halaman rumah, Mrs Kurosaki keluar dari rumah untuk menikmati haruman tersebut. Walaupun tidak dapat melihat, Mrs Kurosaki amat gemar berada di luar rumah untuk menikmati haruman 7,000 moss phlox yang ditanam oleh suaminya.
Ternyata usaha Mr Kurosaki terbalas kerana berjaya β€œmengeluarkan” isterinya dari tekanan dan mengembalikan senyuman di wajah Mrs Kurosaki.
Well, true love still exists 😊

.

Source : Zunita Ramli

#CatatanZunitaDiJepun

kredit pic :Bored panda

Baca lagi :

Petua dari seorang wanita cina – Garam Dan R4cun Akan Keluar Melalui Air Kencing. D4rah Akan Bersih, Baik Untuk Yang Mengalami Kencing Kot0r.