Hukum Memakan Daging Yang Disangkakan Halal Kemudian Berlaku Syubhah – Pejabat Mufti WP


Isu berkaitan daging halal sejak kebelakangan ini telah menjadi perbincangan pelbagai pihak.

Isu tersebut juga telah menjadi kecoh dan secara tidak langsungnya telah menimbulkan rasa curiga untuk memakan daging yang di import dari luar negara.

Ada juga yang tertanya-tanya apakah hukum memakan daging yang pada awalnya diingatkan halal itu namun kemudiannya berlaku syubhah.

Bagi menyelesaikan perkara tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasan memakan daging halal namun kemudiannya didapati tidak halal seperti berikut:

Soalan

Assalamualaikum SS Mufti. Apa hukum ye makan daging import yang asalnya dah dapat cop halal kemudian baru-baru ini kecoh pula status halal tu tipu sebenarnya. Mohon pandangan hukum?

Jawapan Ringkas

Umat Islam yang telah memakan daging import sebelum timbul isu syubhah daging import yang berlaku baru-baru ini, maka hukumnya adalah dimaafkan. Perkara ini berlandaskan dalil-dalil Syara’ yang memberikan hukum berdasarkan kepada keadaan asalnya iaitu halal sehingga terdapat bukti yang mengubahnya serta diberikan keuzuran dan keringanan dalam perkara yang tidak disengajakan dengan syarat penelitian melalui logo halal pada paket pembungkus sudah dilakukan terlebih dahulu.

Huraian Jawapan

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…”

Surah al-Baqarah (172)

Allah SWT memerintahkan kepada umatnya untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang. Hal ini kerana, jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan”.

Riwayat Muslim (107)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, umat Islam yang telah memakan daging import sebelum timbul isu syubhah daging import yang berlaku baru-baru ini, maka hukumnya adalah dimaafkan. Perkara ini berlandaskan dalil-dalil syarak yang memberikan hukum berdasarkan kepada keadaan asalnya iaitu halal sehingga terdapat bukti yang mengubahnya dan memberikan keuzuran dan keringanan dalam perkara yang tidak disengajakan dengan syarat penelitian melalui logo halal pada paket pembungkus sudah dilakukan terlebih dahulu.

Wallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *