Hentikan perut kembung setiap pagi


Perut kembung setiap pagi tentu membuatkan anda berasa tidak selesa. Perut kembung sebenarnya adalah salah satu masalah pada pencernaan yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Apabila kita makan, minum atau menelan air liur, kita juga menelan sedikit udara yang kemudian terkumpul pada usus.

Apabila gas terkumpul, tubuh mungkin perlu mengeluarkannya, samada dari mulut dengan sendawa atau pembuangan angin melalui kentut.

Ada pelbagai sebab mengapa perut kembung. Antaranya, kerana makanan yang dimakan, pola makan yang tidak teratur, atau boleh juga menjadi penyebab penyakit tertentu.

Namun, perut kembung setiap pagi tentu mempunyai penyebabnya tersendiri.

1. Makan malam terlalu banyak

Makan terlalu banyak pada waktu malam akan menjadikan perut terasa kembung pada keesokan paginya. Ini adalah kerana apabila anda makan terlalu banyak pada sebelah malam, sistem pencernaan sukar mencerna makanan dalam jumlah yang besar.

Apalagi setelah itu anda terus tidur. Akibatnya, keesokan hari, anda mungkin merasa mengah dan kembung kerana makanan yang belum dicerna dengan baik.


2. Makan pada lewat malam

Tubuh manusia mempunyai jadual kerjanya sendiri setiap hari. Setiap organ akan menjalankan fungsi yang sama setiap hari.

Sistem pencernaan juga tidak bekerja terlalu banyak ketika anda tidur. Oleh itu, jika anda makan terlalu lewat, makanan tersebut tidak dapat dicernakan dengan baik.

Makanan tersebut akan bercampur dengan gas yang menjadikan perut terasa kembung.

Sistem pencernaan yang berehat pada waktu malam, tidak dapat mengeluarkan gas berlebihan yang menjadikan perut terasa penuh. Itulah sebabnya, apabila bangun pada keesokan harinya anda akan merasa kembung.

3. Cemas dan stres

Cemas dan stres juga boleh membuatkan perut kembung pada keesokan harinya. Gangguan kecemasan ini akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam tubuh yang mencetus reaksi antara otak dan perut.

Kadang-kala merasa stres juga boleh menyebabkan cirit-birit muncul secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

Contohnya: Ketika bangun tidur, anda dihantui dengan perkara yang mencemaskan di pejabat atau akan menghadapi ujian di sekolah pada hari tersebut. Tanpa anda sedari, kecemasan tersebut akan membuatkan anda berasa kembung dan kadang-kala sakit perut.


Bagaimana mencegahnya?

Jangan mengambil makanan yang membuatkan perut mudah kembung seperti makanan yang mempunyai kabohidrat yang sukar untuk dicernakan.

Adalah baik untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang lebih mudah dicerna seperti, pisang, anggur, nasi, yogurt dan oat.

Hati-hati pada mereka yang mengidap ‘intoleransi laktosa’ ketika makan makanan yang mengandung laktosa seperti susu kerana ia boleh menyebabkan kembung.

Selain itu, pastikan tidak makan terlalu lewat pada waktu malam. Juga, pastikan anda makan kira-kira tiga jam sebelum tidur. Jangan makan malam dengan jumlah yang berlebihan supaya tidak kembung.

Dapatkan nasihat doktor atau pakar mengenai makanan yang baik untuk anda jika mengalami perut kembung.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *