Hati-hati, penyaman udara boleh sebabkan alergi si kecil makin teruk


Tahukah anda, penyaman udara di rumah boleh akibatkan ahli keluarga terutama sekali anak anda mengalami reaksi alergi?

Jika anda perhatikan anak kerap bersin dan mempunyai mata yang berair, cuba periksa penyaman udara anda. Mungkin itulah sebab si kecil tiba-tiba kerap mengadu sakit!

Selamatkah penyaman udara di rumah anda?

Malaysia merupakan sebuah negara yang panas. Tanpa penghawa dingin, ramai yang tidak selesa tidur akibat rasa bahang yang amat sangat.

Namun, sebagai pemilik penyaman udara, adakah anda yakin alat penyejuk ruang ini selamat untuk anak-anak?

Cuba periksa sama ada anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah:

  1. Hidung tersumbat
  2. Mata gatal
  3. Bersin
  4. Susah bernafas

Ini merupakan tanda anak-anak anda sedang mengalami reaksi alergi.

Penapis penyaman udara tempat pengumpulan habuk

Cuba anda ingat kembali, bila kali terakhir anda tukar penapis pada penyaman udara anda? 2 bulan lepas? 6 bulan lepas? Atau tak pernah tukar langsung?

Tahukah anda, penapis pada pendingin hawa boleh jadi tempat pengumpulan debu dan alergen yang boleh menyebabkan si kecil mendapat reaksi alergi.

Penapis penyaman udara yang tidak pernah diservis boleh menjadi tempat pengumpulan habuk, bakteria dan juga virus.

Ketika anda membuka penghawa dingin di rumah, alergen tersebut akan tersebar ke seluruh ruang kediaman.

Disebabkan rumah anda merupakan satu kawasan yang tertutup, mudah untuk alergen tersebut tersebar kepada ahli keluarga anda.

Anak kecil yang paling mudah sekali terkesan dengan reaksi alergi dan juga asma. Tambahan lagi, penyaman udara merupakan tempat yang paling sesuai untuk kulat membiak.

Keadaan bahagian dalamnya yang gelap dan lembap boleh menggalakkan pertumbuhan kulat. Spora yang dihasilkan oleh kulat juga merupakan salah satu alergen yang boleh mencetuskan reaksi alergi sama seperti debunga.

Tukar penapis dengan lebih kerap

Masalah ini dapat diselesaikan dengan satu cara yang mudah iaitu dengan menukar penapis pada penyaman udara anda lebih kerap.

Sebenarnya, anda juga boleh lakukannya sendiri tanpa bantuan pakar! Namun, jika anda mahukan pembersihan yang lebih menyeluruh, anda boleh panggil pakar sekurang-kurangnya setahun 2 kali.

Sebagai pengguna pendingin hawa, anda patut menukar penapis dengan lebih kerap jika:

  1. Ahli keluarga anda mempunyai alergi/asma.
  2. Anda sedang baiki/renovate rumah.
  3. Rumah terletak bersebelahan dengan jalan yang sibuk.
  4. Ahli keluarga merokok.
  5. Anda mempunyai haiwan peliharaan.

Jika anda ingin menukar penapis alat penyejuk ruang tersebut, cuba gantikan penapis lama dengan penggunaan penapis high efficiency particulate air (HEPA) yang lebih canggih dengan pori yang lebih halus.

Alergen seperti debunga, habuk, hama, dan asap rokok yang melalui penyaman udara anda akan terperangkap di dalam penapis ini. Oleh itu, udara yang lebih bersih dan berkualiti dapat disalurkan kepada keluarga anda.

Selain menjadikan rumah lebih selamat, tabiat menukar penapis sekurang-kurangnya 2 bulan sekali ini juga boleh menjadikan penghawa dingin lebih efisyen dan menggunakan kurang tenaga elektrik.

Tambahan lagi, ia juga tidak mudah rosak kerana terpaksa bekerja dengan lebih keras akibat lapisan debu yang terlalu tebal.

Penyaman udara boleh bantu pesakit asma dan alergi jika diservis dengan baik

Jika dijaga dengan rapi penyaman udara boleh membantu mengurangkan reaksi alergi seseorang individu.

Penyaman udara merupakan mesin yang amat berguna untuk menapis segala alergen dan debu yang berterbangan di dalam rumah.

Selain itu, ia juga boleh jadikan kediaman anda lebih selesa dengan menyalurkan udara yang lebih bersih dan sejuk kepada seisi keluarga.

Kombinasi ini juga boleh buatkan simptom asma dan alergi mudah dikawal dan pernafasan jadi lebih mudah.

Anda juga boleh amalkan perkara di bawah jika inginkan udara yang lebih bersih untuk anak-anak anda:

  • Jangan merokok di dalam rumah
  • Simpan bahan pencuci di dalam bekas berpenutup
  • Elakkan daripada biarkan paip bocor tidak dibaiki terlalu lama
  • Kekalkan kelembapan dalam kadar 30% hingga 50%
  • Bersihkan kawasan rumah daripada hama setiap minggu
  • Kawal serangga di rumah anda. Jangan biarkan lipas berkeliaran tanpa melakukan apa-apa intervensi!

Pastikan kualiti udara di rumah anda dalam keadaan terbaik untuk pastikan keluarga anda dapat tinggal dalam keadaan selesa!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *