Hanya Menangis Saja, Masalah Kesihatan Ini Boleh Hilang


Tiada siapa yang suka menangis sama ada secara bersendirian atau pun di hadapan khalayak ramai. Perbuatan menangis ini sering disalah erti dan menjadi simbolik kepada kelemahan.

Buat pengetahuan kamu, perbuatan ini sebenarnya tidak menunjukkan seseorang itu lemah, malah ia sebenarnya dapat membantu seseorang itu dari segi kesihatan.

Sekali-sekala, tidak salah untuk mengeluarkan air mata kerana setiap titisan itu memberikan manfaat yang kamu sendiri tidak tahu. Jika kamu mahu tahu apakah manfaat tersebut, teruskan membaca!

Mencuci Mata

Setiap hari, mata kita terdedah kepada pelbagai jenis zarah kotoran, debu dan beberapa bakteria. Setiap zarah-zarah kecil yang memasuki mata ini sukar dilihat pada mata kasar.

Jadi sebab itulah kita sering merasa kerengsaan dan gatal-gatal pada mata akibat pendedahan ini. Secara tidak langsung, kekotoran ini membuatkan mata kita berada dalam keadaan yang berbahaya.

Dengan menangis, kamu sebenarnya membersihkan mata dengan menghilangkan kekotoran dan kerengsaan selain melindungi mata. Kalau kamu mahu tahu, air mata mengandungi lisozim iaitu bahan kimia anti-bakteria yang dapat melawan jangkitan pada mata.

Tingkatkan Penglihatan 

Seperti badan, mata juga memerlukan jumlah air yang cukup untuk kekal terhidrat dan mengelakkan daripada mata menjadi kering yang melampau.

Untuk mata sentiasa kekal terhidrat, selain mempunyai air yang cukup, kamu juga melembapkan mata dengan menangis. Ini kerana dengan menangis sebenarnya ia berfungsi sebagai pelembap untuk mengelakkan mata daripada kering dan kerengsaan.

Selain itu, apabila menangis seseorang individu itu dapat meningkatkan kemampuan mata untuk kekal fokus dan tingkatkan penglihatan secara menyeluruh.

Hilangkan Stress 

Adakah kamu tahu, sebenarnya dengan menangis kamu boleh menghilangkan stress dan beberapa penyakit kronik yang lain?

Untuk pengetahuan kamu jika seseorang individu terlalu stress, ia boleh menghadapi risiko sakit jantung, kerosakan tertentu pada otak, menyebabkan masalah pencernaan dan boleh menyebabkan sakit kepala serta migrain.

Dengan menangis ia boleh menjadi sebagai rawatan sementara untuk seseorang individu bagi menghilangkan stress. Apabila mereka mula menangis, segala masalah dan tekanan yang dihadapi akan ‘keluar’ bersama-sama dengan air mata tersebut.

Rendahkan Tekanan Darah 

Siapa sangka dengan hanya menangis, kamu boleh mengurangkan tekanan darah tinggi? Betul, sebenarnya perbuatan menangis ini elok dan bagus untuk membantu pesakit darah tinggi.

Tetapi kamu jangan salah faham. Bukannya perlu menangis secara berterusan atau dengan kerap, kamu hanya perlu menangis secara berkala kerana ia berfungsi sebagai salah satu alternatif dalam merendahkan darah secara semula jadi.

Dengan hanya menangis, ia dapat menurunkan tekanan darah dan nadi dengan kadar segera. Jika tidak, tekanan darah yang tinggi boleh akibatkan kerosakan jantung dan saluran darah. Di mana keadaan ini boleh menyebabkan strok, kegagalan jantung dan demensia.

Mengurangkan Manganese

Adakah kamu tahu, dengan hanya menangis, perbuatan ini dapat mengurangkan tahap manganese dalam badan. Kalau kamu mahu tahu, manganese ini adalah mineral yang diperlukan oleh badan untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan normal.

Tetapi jika manganese ini berlebihan dalam badan, ia dapat mempengaruhi mood, kegelisahan dan kerengsaan. Manganese ini juga terdapat dalam air mata iaitu kepekatan yang lebih tinggi berbanding dalam darah.

Buang Toksin Daripada Badan 

Ketika menangis juga, ramai yang tidak tahu sebenarnya air mata ini dapat membuang toksin daripada badan kamu.

Sebab itulah apabila menangis, kamu dapat membunang hormon stress seperti kortisol. Hormon ini sering ‘muncul’ ketika seseorang individu itu berada di kemuncak emosi dan boleh mendatangkan bahaya pada badan.

Secara fizikal dan mental, menangis ini dapat membantu seseorang individu itu bermula kembali daripada ‘kosong’ iaitu berasa bebas daripada segala tekanan.

Jadi selepas ini, kamu tidak perlu malu untuk mengeluarkan air mata. Ini kerana perbuatan menangis ini sebenarnya memberikan pelbagai manfaat yang kamu sendiri tidak tahu kepada kesihatan kamu.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *