Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya


Kalau kamu mahu tahu, berjalan kaki bukan sahaja menggerakan kamu dari satu tempat ke tempat yang lain. Malah ianya boleh dijadikan sebagai senaman!

“Nak turun berat badan? Cubalah berjalan kaki setiap hari.”

Kamu tidak perlu lagi mengeluarkan duit untuk turunkan berat badan. Lepas ini berjalan kaki dengan minimum 30 minit setiap hari, mesti kamu boleh nampak hasilnya.

Tetapi selain menurunkan berat badan, sebenarnya berjalan kaki ini memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan kamu. Kalau mahu tahu, teruskan membaca!

Tingkatkan Mood

“Hm, tak ada mood nak buat apa-apa kerja harini.”

Kalau kamu sering rasa seperti itu, tunggu apa lagi? Sarungkan kasut sukan dan mula berjalan di dalam kawasan rumah atau di taman perumahan.

Berjalan selama 30 minit sehingga satu jam boleh mengurangkan risiko daripada mengalami kemurungan. Menurut kajian, berjalan kaki dapat mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 26%.

Jadi kalau kamu mula rasa tiada mood, paksa diri untuk berjalan walaupun sekejap. Sambil berjalan, kamu boleh gerakkan seluruh badan untuk ‘membuang’ cas negatif yang ada pada diri kamu.

Jantung Lebih Sihat

Bagi individu yang mempunyai atau alami tanda-tanda penyakit jantung, mereka boleh mengurangkan risiko dengan hanya berjalan kaki setiap hari.

Dan sekiranya tidak boleh melakukan setiap hari, kamu juga boleh lakukan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dalam tempoh 40 minit. Selain itu wanita postmenopausal sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit sakit jantung berbanding lelaki.

Turunkan Berat Badan

Berjalan kaki untuk menurunkan berat badan, bukan bermaksud kamu berjalan-jalan seperti window shopping di pusat membeli-belah.

Sesuai untuk beginner, berjalan kaki untuk menurunkan berat badan boleh dilakukan dengan berjalan dengan cepat. Sementara kamu berjalan dengan cepat, cuba gerakkan anggota badan yang lain seperti lengan untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori.

Kalau kamu lakukan setiap hari, cuba untuk target dapatkan 15 ribu langkah seminggu dan lihat kesannya selepas itu.

Kurangkan Risiko Diabetes 

Jika kamu risau dihidapi dengan penyakit diabetes, selain menjaga gaya pemakanan kamu juga perlu melakukan senaman bagi mendapatkan gaya hidup yang sihat.

Sekiranya kamu malas untuk melakukan senaman berat atau cardio, kamu boleh saja lakukan senaman seperti berjalan kaki.

Menurut kajian, bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda untuk hidap penyakit diabetes, mereka boleh kurangkan risiko dengan berjalan dengan cepat sejauh 23km seminggu bagi tempoh 6 bulan.

Mudah Untuk Tidur Pada Waktu Malam 

Bagi mereka yang susah untuk tidur malam, apa kata kamu cuba berjalan kaki sebagai senaman pada waktu petang. Apabila kamu mengeluarkan peluh dan bersenam walaupun dengan hanya berjalan kaki, aktiviti tersebut dapat membuatkan kamu tidur lebih mudah dan nyenyak pada waktu malam.

Bagi wanita yang berumur di antara 50 tahun sehingga 75 tahun pula, jika kamu berjalan kaki di awal pagi selama satu jam, ia boleh membantu mengelakkan kamu daripada mengalami insomnia.

Jadi tunggu apa lagi? Lepas ini, set masa selama 30 minit minimum setiap hari untuk nikmati kesemua kebaikan berjalan kaki ini. Selamat beramal!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *