Gigi sensitif? Cuba selesaikan cara ini


Adakah anda mempunyai masalah menikmati secawan kopi panas atau ais krim kerana rasa sakit pada gigi? Anda mungkin mengidap masalah gigi sensitif. Masalah oral ini sebenarnya boleh menjadi sangat menjengkelkan.

Berikut adalah antara punca gigi sensitif dan pilihan rawatan yang boleh anda cuba:

Kemungkinan punca gigi sensitif:

  • Gigi mereput/terhakis
  • Penyakit gusi
  • Memberus gigi terlalu kuat
  • Makan makanan berasid terlalu banyak
  • Retakan gigi
  • Isian (fillings) yang telah terhakis
  • Geseran gigi

Dalam gigi yang normal, bahagian crown gigi dilindungi oleh lapisan enamel. Bahagian crown berada di bahagian atas garisan gusi. Bawah garisan gusi adalah sementum yang melindungi akar gigi.

Dentin adalah struktur tengah gigi yang terletak di bawah enamel dan sementum. Apabila dentin ini tidak dilindungi oleh lapisan enamel dan sementum, anda akan merasa sakit atau nyilu ketika mengambil makanan panas atau sejuk.

Rawatan untuk gigi sensitif

Doktor gigi anda mungkin akan mencadangkan beberapa jenis rawatan bergantung kepada punca gigi sensitif anda:

  • Ubat gigi nyah sensitif. Ubat gigi ini membantu dengan cara menghalang transmisi sensasi daripada permukaan gigi, ke hujung saraf dan selalunya memerlukan penggunaan beberapa kali terlebih dahulu sebelum kesan nyah sensitif mula mengambil tempat.
  • Ubat gigi bergel fluoride membantu menguatkan enamel dan mengurangkan transmisi sensasi.
  • Ubah tabiat memberus anda. Sesetengah orang berpendapat bahawa memberus menggunakan berus yang lebih kasar dan kuat adalah lebih baik dalam usaha membuang plak pada gigi. Pendapat ini adalah salah kerana memberus gigi adalah sesuatu yang lebih kepada teknik berbanding daya. Justeru, menggunakan berus gigi yang lembut dengan teknik yang betul adalah lebih efektif dalam melindungi gigi.
  • Elakkan makanan berasid. Jika anda terasa sakit apabila mengambil makanan sejuk atau panas, ini bermakna anda perlu mengelakkan bukan makanan tersebut sahaja, bahkan makanan berasid seperti lemon, cuka atau sos tomato yang berupaya untuk menghakis enamel anda.
  • Berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat. Bukan semua masalah gigi sensitif adalah sama. Justeru, perkara yang terbaik adalah dengan berjumpa doktor gigi dan dapatkan pemeriksaan.
  • Jangan berus gigi anda sebaik sahaja lepas makan. Sesetengah makanan berupaya untuk melembutkan enamel. Tunggu sekurang-kurangnya sejam sebelum memberus gigi.

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *