Fikir Dahulu Sebelum ‘Letupkan’ Leher Ketika Sedang Tegang, Ada Bahaya Yang Menanti


Berasa leher tegang, lenguh atau sengal akan membuatkan seseorang itu terfikir untuk ‘meletup’kannya. Namun, tahukan bahawa ianya boleh membawa kepada kesan yang buruk. Seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor, terdapat beberapa bahaya yang menanti sekiranya berbuat demikian.

Pernahkah kalian mengalami leher tegang dan bertindak letupkan ia kononya untuk melegakan ketidakselesaan itu?Anda mungkin perlu berhenti melakukannya!

Ini kerana mungkin terdapat risiko yang berbahaya terutama jika anda salah cara meletupkannya.

Ia bukan cara melegakan leher tegang terbaik

Ketegangan pada leher selalu berlaku atau ia lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai kondisi ‘salah urat’.

Ia mungkin terjadi akibat beberapa situasi contohnya posisi yang tidak sesuai ketika tidur melibatkan bantal atau tilam terlalu tinggi.

Selain itu, kondisi ini juga mungkin boleh berlaku akibat kemalangan ketika bersukan.bersenam atau sekadar menoleh terlalu laju.

Namun meletupkannya bukan cara melegakan leher tegang yang terbaik!

Apa bahaya yang bakal menimpa pelaku?

Seperti yang telah berlaku kepada 2 orang mangsa di atas tadi, perbuatan ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya besar.

Jika salah cara atau terlalu kuat letupkan leher, ia mungkin boleh menyebabkan kekoyakan arteri (vertebral artery dissection).

Ia merupakan keadaan di mana salah satu daripada 4 arteri utama yang terdapat pada belakang leher dan menyalurkan darah ke otak terkoyak.

Apabila arteri ini terkoyak, maka darah akan mula memasuki dinding arteri lantas membeku.

Pembekuan darah inilah yang kemudiannya akan menyembatkan arteru sekali gus mengundang kondisi strok

Apa kata pakar tentang bahaya letupkan leher?

Sebenarnya, tiada jumlah tepat yang dapat direkodkan mengenai kejadian strok akibat manipulasi leher namun ia dipercayai sangat jarang berlaku.

Meskipun begitu, ia sudah tentu merupakan antara risiko yang tidak wajar diambil antara risiko yang tidak wajar diambil!

Menurut Pakar Neurologi Mollie McDermott dari Michigan Medicine, kebanyakan kes strok akibat manipulasi leher adalah kerana rawatan kiropraktik itu sendiri.

Kenyataan yang sangat mengejutkan ini sudah tentu akan menimbulkan tanda tanya bahawa adakah rawatan manipulasi tulang seperti ini bahaya atau tidak.

Ya, ia mungkin juga mempunyai pro dan kontra yang tersendiri.

Adakah rawatan kiropraktik itu berbahaya?

Sehingga kini, masih berlangsung debat di mana persoalan sama ada manipulasi leher adalah kaedah terbaik untuk merawat leher tegang.

Ia adalah salah satu daripada kaedah dalam rawatan kiropraktik yang membabitkan manipulasi tulang dan harus dilakukan oleh pakar.

Menurut The National Center for Complementary and Integrative Health, ia sebenarnya adalah selamat selagi dilakukan oleh pakar kiropraktik.

Namun penerima rawatan juga perlu tahu bahawa masih wujud risiko yang tersendiri termasuklah kekoyakan arteru dan strok

Jadi, apakah kaedah alternatif yang boleh dilakukan?

Lakukan ini jika alami leher tegang!

Jika anda mengalami ketegangan leher dan mahu melegakannya secara sendiri di rumah, terdapat beberapa pilihan yang boleh dicuba.

Cleveland Clinic menyarankan agar kalian melakukan regangan ringan ketika sedang duduk dengan cara menaik turunkan bahu anda.

Cuba lakukannya secara berulang dan perlahan sebanyak 10 kali setiap kali ketidakselesaan ini datang tanpa diundang.

Selain itu, anda juga boleh cuba menuam bahagian leher anda menggunakan ais atau air suam atau ambil ubatan tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen dengan kebenaran doktor.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *