FAKTA MENARIK! Mengapa Oreo Dipanggil Oreo


Siapa yang tidak mengenali biskut oreo kan? Biskut berwarna hitam didatangi bersama krim putih didalamnya, sudah pasti membawa satu pengalaman yang unik dalam industri makanan di dunia dan juga ia pasti akan mencairkan sesiapa sahaja yang memakannya!

Kebanyakan biskut pada sekitar 1860-an, biskutnya menampilkan penawaran krim di tengah yang mana dikatakan lebih mudah untuk dicerna. Selain itu, rekaannya juga berbeza dan jika dilihat bentuknya tidaklah menarik kerana berbentuk bulat dan sangat simple dimana rekaannya sekadar ada lubang kecil di permukaannya. Jadi, tidak hairanlah mengapa oreo pada zaman itu dapat diperluaskan dengan baik selain ia menjadi pilihan semua lapisan masyarakat terutama kanak-kanak sangat gemar akan biskut oreo ini.

Sejarah Oreo

Dahulu, Oreo ini diperkenalkan sebagai Biskut Sandwic. Perjalanan Oreo ini bermula sejak tahun 1912 dimana penciptanya ialah Nabisco yang hadir dengan syarikat gabungan dalam membentuk National Biscuit Company.

Sebeleum wujudnya biskut Oreo, Nabisco telahpun memperkkenalkan dan mengeluarkan barisan biskut yang menarik seperti Barnum’s Animal Crackers. Biskut ini telah ditampilkan dalam bekas atau kotak kecil dan biskut ini divariasikan dengan pelbagai bentuk bercorak haiwan seperti gajah, unta, kangaru, beruang dan banyak lagi.

Namun, ia mungkin disebabkan oleh perang pengeluaran biskut di antara Sunshine Biscuits dan Nabisco pada sekitar tahun 1900-an. Oleh itu, ia menjadikan Nabisco hadir dengan satu lagi produk untuk menjamin kedudukannya di dalam industri iaitu Oreo.

Bagaimana terhasilnya idea Oreo?

Berdasarkan beberapa petikan artikel dari Thought Co, Spoon University, Oreo telah dicipta berdasarkan idea Nabisco yang mana pada waktu itu beliau mempunyai dua kepingan biskut coklat dengan pengisian krim di dalamnya.

Yang menariknya mengenai Oreo adalah ia telah diperkenalkan sebagai Oreo Sandwic pada Tahun 1921 dan waktu itu biskut ini sangat unik dan popular. Keunikan ini ditambah lagi dengan pengenalan kaedahnya yang tersendiri. Nabisco menyarankan untuk pelanggan memakannya ketika lembap iaitu dengan mencelupkannya ke dalam susu untuk mewujudkan rasa yang lebih menarik.

Amalan dan produk ini serta merta telah menjadi bualan masyarakat. Ia dikatakan hadir dengan cara yang unik dan kreatif dari segi cara untuk memakannya. Kebiasaannya, syarikat biskut akan menggalakkan anda untuk memakan bahagian yang terbaik terlebih dahulu atau menyimpannya untuk yang terakhir.

Tetapi, apa yang telah diperkenalkan oleh Oreo adalah memakan kesemua bahagian bersama sehingga mampu menjadikan waktu makan seseorang itu lebih mengasyikkan dan yang pasti lebih sedap!

Kenapa namanya adalah Oreo?

Sehingga hari ini, kebanyakan masyarakat mengatakan asal usul nama Oreo adalah berdasarkan produk itu sendiri iaitu O-RE-O. “O” menunjukkan kepingan biskut yang berbentuk bulat manakala “RE” singkatan untuk perkataan ‘cream’.

Walaubagaimanapun, ada juga yang mengatakan nama Oreo itu berasal daripada bahasa Perancis yang memberi makna emas dimana ia digunakan pada kotak pembungkusan biskut. Dengan penawaran kotak tersebut, ia mampu menarik minat para ibu untuk menikmati Oreo.

Dari segi process penamaan Oreo pula, ia mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga tahun 1937 dan hasilnya Oreo kini dikenali sebagai Oreo Creme.

Bila bercakap mengenai proses ini juga, apa yang menarik adalah ia tidak mempengaruhi penjualan Oreo. Dan ia mungkin disebabkan oleh nama Oreo yang masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini.

Bagaimana Oreo masih lagi menjadi permintaan masyarakat?

Sama seperti KitKat, Oreo juga hadir dengan pelbagai jenis perisa dan resepinya juga sentiasa mengikut trend terkini.

Sejak penubuhannya, Oreo telah memperkenalkan beberapa perisa edisi terhad seperti Candy Corn, Gingerbread, Banana Split Creme, Lemon Twist dan banyak lagi. Pada tahun 2012, Oreo juga telah memperkenalkan kek Oreo sempena sambutan 100 tahun mereka bagi meluaskan penawaran produk ini.

Yang menariknya lagi mengenai perancangan Nabisco adalah walaupun ia telah memperkenalkan pelbagai perisa dan rasa biskut itu yang berbeza setiap tahun, namun Oreo klasik masih lagi menjadi pilihan individu.

Sumber: https://tajria.com/20212135


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
1
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *