FAKTA MENARIK- Kandungan Gula Dalam Minuman


Gula terdiri daripada kelas karbohidrat yang didatangi dengan rasa yang manis. Ia juga merupakan bahan bakar yang cepat dan mudah digunakan oleh badan. Gula terdiri daripada 4 kumpulan iaitu laktosa, glukosa, fruktosa dan sukrosa.

Jenis gula yang paling asas untuk semua kumpulan gula yang disebut sebagai monosaccharides dan ia akan membentuk blok bagi jenis karbohidrat yang lain. Walaupun monosaccharides boleh ditemui dengan sendirinya, ia biasanya dijumpai secara berpasangan untuk membentuk gula yang lain.

Sebilangan besar gula biasa daripada makanan dikenali sebagai disaccharides kerana ia merupakan campuran dua monosaccharides di atas. Faktor-faktor seperti tahap kemanisan, meresap cepat atau lambat dan bagaimana ia mempengaruhi badan bergantung kepada jenis yang digabungkan.

Gula boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti makanan, minuman dan banyak lagi. Artikel ini akan lebih memfokuskan kepada pengambilan gula dalam minuman.

Jom kenali jenis-jenis gula

  1. Gula semula jadi

Gula ini dihasilkan secara semulajadi dimana ia terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga produk berasaskan susu. Gula ini tidak berbahaya kepada kesihatan manusia walaupun ia mengandungi kalori.

2. Gula buatan/tiruan

Madu, sirap dan nektar sama ada ditambah pada produk semasa pembuatan atau oleh pengguna merupakan gula buatan/tiruan.

Dan ini termasuklah ramuan contohnya ekstrak malt dan sirap glukosa, laktosa dan galaktosa yang ditambahkan sebagai bahan dan semua gula yang terdapat secara semula jadi didalam jus buah-buahan dan sayur-sayuran, smoothie, purees, pasta, serbuk dan produk buah dan juga sayur yang dikeluarkan. Susu dan minuman lain yang berasaskan tenusu tidak terasuk dalam golongan gula buatan/tiruan.

Malah, gula buatan/tiruan juga terdapat dalam pelbagai jenis makanan seperti gula-gula, kuih-muih, biskut, jus dan minuman bersoda. Minuman jenis ini akan memudaratkan kesihatan tubuh badan sekiranya diambil secara berlebihan.

Walaubagaimanapun, makanan seperti buah dan produk tenusu boleh menjadi sumber vitamin, mineral dan serat yang baik. Makanan yang mengandungi gula buatan/tiruan hanya mempunyai faedah pemakanan yang sangat sedikit atau tiada langsung.

Mengapa gula buatan/tiruan tidak baik untuk tubuh badan anda?

Hal ini kerana gula buatan/tiruan ini mengandungi kandungan kalori yang sangat tinggi dan berbahya kepada yang menghidap penyakit diabetes serta dapat mengundang risiko masalah penyakit jantung.

Pesakit yang menghidap penyakit diabetes, tubuh badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin atau menentang terhadapnya. Tanpa insulin, pengambilan gula tambahan akan meningkatkan kadar gula darah.

Selain itu juga, ia juga tinggi dengan kalori atau lemak. Jadi, semakin banyak anda mengambil gula buatan/tiruan ini, semakin tinggi kalori yang anda telah makan. Dengan pengambilan kalori yang banyak pada gula, tidak mustahil ia akan menggemukkan anda serta dapat mengundang masalah kesihatan yang lain.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai kandungan gula dalam minuman di bawah👇

#1. Jus

Walaupun jus ini mengandungi nutrient yang sihat seperti vitamin, mineral dan phytochemicals, pengambilannya juga harus dihadkan kerana ia juga mengandungi kadar gula dan kalori yang sama banyak seperti minuman ringan.

Contohnya, jus oren mengandungi 170 kalori dengan 10 sudu teh gula dalamnya. Jika anda membandingkannya dengan satu tin soda, berdasarkan dari segi isipadunya, jumlah itu hampir sama walaupun jus yang dibandingkan itu adalah jus buah tanpa gula tambahan.

#2 Kopi

Minuman akan menjadi lebih lazat jika jumlah gula yang digunakan itu tinggi dan ia juga dapat memberi tenaga dalam bentuk kafaein yang terdapat di dalam kopi.

Selain itu, 67% penggemar kopi menggunakan bahan tambahan kalori seperti krimer, gula, pemanis atau hanya mengambil setengah bahagian daripada bahan yang disebut sebelumnya. Bahan tambahan ini padat dengan tenaga daripada lemak dan gula tetapi ia juga rendah dalam kepadatan nutrient.

Jumlah kalori yang kebiasannya peminum kopi ini telah ambil adalah sekitar 70 kalori lebih banyak setiap hari berbanding mereka yang tidak mengambil kopi. Contohnya seperti minuman starbucks venti coklat putih mocha atau starbucks venti chai tea latte yang masing-masing mengandungi 18 sudu teh gula dan 13 sudu teh gula.

#3 Teh

Teh adalah minuman yang biasa diminum oleh kebanyakan penduduk di dunia. Walaupun teh tersebut telah dinyatakan tidak mengandungi kalori pada bungkusannya, kebanyakan pilihan teh yang siap diminum dan berperisa penuh dengan gula dan lemak tambahan.

Trend sekarang ialah air ‘bubble tea’ yang telah banyak dipasarkan dan dijual di pelbagai syarikat. Air ini sangat terkenal diantara golongan muda tetapi ada sesetengah individu yang tidak mengetahui bahawa 1 auns minuman tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 20 sudu teh. Ketahuilah bahawa setiap sudu teh (4 gram) gula menambahkan 16 kalori ke dalam teh anda.

#4 Air soda

Minuman ini bukan hanya tidak mempunyai nilai pemakanan, malah minuman soda juga penuh dengan gula. Meminum soda sekali-sekala mungkin tidak akan menyakitkan anda selagi anda mengekalkan diet sihat.

Tetapi jika anda sering memilih soda atau minuman lain yang mengandungi gula, kesannya boleh menjadi serius lama-kelamaan. Mari kita lihat beberapa jenis soda yang terkenal dan jumlah gula yang terdapat di dalamnya:

  • Pepsi – 41 gram gula
  • Coke – 39 gram gula
  • Mountain Dew – 46 gram gula
  • 100 Plus – 34 gram gula
  • F&N – 54 gram gula

#5 Minuman bertenaga

Minuman bertenaga mempunyai gula sebanyak minuman ringan, serta kafein yang mencukupi untuk meningkatkan kadar tekanan darah anda. Malah, ia juga mempunyai bahan tambahan yang tidak diketahui kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan.

Atas sebab-sebab ini, ianya adalah lebih baik untuk tidak mengambil minuman bertenaga ini. Satu minuman tenaga 500ml boleh mengandungi hingga 17 sudu teh gula dan jumlah kafein yang sama seperti dalam 2 cawan espresso. Banyakkan gula dia. Minuman bertenaga biasa pada dasarnya adalah minuman bergula dengan tambahan kafein serta memang diketahui ia dikaitkan dengan kesihatan gigi yang buruk dan masalah obesiti mungkin akan terjadi.

Berikut adalah beberapa minuman kegemaran majoriti masyarakat Malaysia dan jumlah gula yang terdapat dalamnya.

  1. Air kordial (sirap, sarsi, anggur dll) – 12g gula (lebih kurang 3 sudu gula)
  2. Air teh ais – 30g gula (lebih kurang 6 sudu gula)
  3. Teh tarik – 26g gula (lebih kurang 5 sudu gula)
  4. Kopi kopi – 24g gula (lebih kurang 5 sudu gula)
  5. Air milo – 12g gula (lebih kurang 3 sudu gula)

Jadi, sanggupkah anda memudaratkan kesihatan badan dengan mengambil banyak makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi lebih-lebih lagi gula buatan/tiruan. Sentiasa beringat dan sayangi diri anda!

Boleh cuba ikut tip dibawah untuk elakkan diri daripada minuman bergula👇

  1. Minum air putih yang banyak setiap hari.
  2. Minum minuman berkalori rendah dan jus buah 100% sekali skala.
  3. WAJIB elakkan minuman bersoda dan bergula yang bukan jus 100%.
  4. Pilih minuman sihat seperti air sparkling dan boleh ditambah bersama hirisan lemon, potongan strawberi, daun pudina, susu tanpa lemak biasa, teh atau kopi tanpa gula tambahan.
  5. Minuman rendah gula juga boleh menjadi pilihan sekiranya anda susah untuk mnum air kosong. Air berperisa dengan gula tambahan yang minimum atau tidak mempunyai gula adalah lebih baik berbanding minuman bergula yang lain.

Sumber: https://www.ceriasihat.com/kandungan-gula-dalam-minuman/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *