Endometriosis


Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakitpuan yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi kencing, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.

Sebab-Sebab

Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.

Gejala / Tanda

Keadaan-keadaan berikut akan dialami oleh wanita yang menghidap endometriosis;

  1. Haid yang banyak dan tidak teratur
  2. Senggugut (sakit semasa haid)
  3. Sakit semasa hubungan seks
  4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
  5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil

Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis. Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.

Sewaktu haid, tisu-tisu endometriosis juga akan seperti mana lapisan uterus mengalami pendarahan sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid. Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, pendarahan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, tisu-tisu ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.

Diagnosa

Ketumbuhan endometriosis ini biasanya dapat dikesan selepas doktor mengambil sejarah perubatan dan pemeriksaan lanjut pada bahagian pelvis dengan teliti. Ia boleh didiagnosis dengan tepat melalui pembedahan laparoskopi (key hole surgery) di mana satu peralatan khas digunakan untuk mengesan tisu tersebut dalam pelvis. Rawatan boleh dimulakan tanpa pengesahan melalui laparoskopi jika simptom dan tandanya jelas.

Rawatan

Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk;

  1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
  2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
  3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
  4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya

Rawatan bagi endometriosis dalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol. Rawatan lain termasuk analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan estrogen. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.

Dienogest adalah ubat terkini yang digunakan dalam rawatan endometriosis. Dienogest mengurangkan risiko endometriosis menjadi lebih teruk atau berulang.

Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan. Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan. Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.

Namun harus diingatkan dan dijelaskan di sini bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil. Untuk tujuan tersebut Dienogest boleh diambil untuk jangkamasa panjang.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *