Ebit Lew bantu ‘mak cik’ food panda


Dia duduk bersendirian di sebuah kedai makan sambil memeriksa telefon bimbitnya. Melalui raut wajah, usianya seakan dalam lingkungan warga emas. Dari t-shirt yang dipakai, tentu sekali dia bekerja sebagai penghantar makanan, “foodpanda”.

Christine, seorang warga emas yang bekerja sebagai penghantar makanan. Kisahnya tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat simpati warganet.

Cerita wanita berketurunan Cina ini turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew yang telah datang bersama pasukannya untuk menyantuni wanita warga emas ini.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ebit berkata dia telah berjumpa dengan wanita warga emas berbangsa Cina tersebut di perhentian bas yang terletak di sekitar Kuala Lumpur.

Ebit berkongsi rasa sebak dan terharu mendengar kisah wanita itu yang cekal meneruskan kehidupan walaupun di usia lanjut. Malah, beliau berkata wanita itu sangat peramah dan suka membantu orang lain.

“Sayu sebak tengok mak cik Christine seorang Cina di Kuala Lumpur. Sampai sahaja tadi terus berbual dengan mak cik ini di perhentian bas.

“Saya terus menangis dan terasa sangat rapat. Berlinangan air mata. Mak cik ini peramah, mendengar kisah hidupnya kita dapat rasakan kecekalan dan ketabahan beliau. Kuat dan suka menolong orang,” ujar Ebit.

Difahamkan, Christine baru sahaja kematian ibu dan dia kini tinggal bersama adiknya.

Dahulu, dia pernah bertugas sebagai seorang penulis untuk sebuah majalah bahasa Inggeris. Maka, tidak hairanlah wanita itu boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Christine telah kehilangan pekerjaan. Dia kemudiannya bekerja dengan syarikat penghantar makanan, foodpanda menggunakan kereta kancil lamanya.

Melihat keadaan kenderaan Christine yang uzur, pendakwah itu juga dengan rela hati menawarkan untuk membantu membaiki dan menghantar kereta tersebut untuk membuat servis.

“Kereta mak cik ini sudah dekat 25 tahun, jadi saya akan tolong baiki kereta kancil tersebut. Saya akan gantikan tayar baru dan servis,” ujar Ebit.

Beliau turut memberikan sedikit wang belanja dan berjanji akan berkunjung ke rumah Christine untuk melihat sebarang bantuan yang boleh dihulurkan bagi meringankan bebannya.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *