Dulu ‘Pilot’, Sekarang Penjual Burger


Tidak dinafikan sejak pandemik Covid-19 melanda, banyak industri terjejas terutamanya industri penerbangan dan industri perlancongan berikutan penutupan pintu-pintu masuk negara. Seperti perkongsian seorang juruterbang yang dikenali sebagai Naeem menceritakan pengalamannya memulakan perniagaan menjual burger setelah kehilangan kerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Kisah Smashed Burger

Permulaan Smashed bermula apabila saya kehilangan kerja. Pengasasnya adalah Naeem Nasir yang merupakan juruterbang berpengalaman di bawah dua syarikat utama. Pada tahun 2014-2018 berkhidmat di Malaysia Airlines sebelum melebarkan sayap ke Oman Air pada tahun 2018. Berikutan wabak yang melanda pada tahun 2020, berjuta-juta orang hilang punca pendapatan termasuk saya. Saya berasa sedih kerana tidak dapat bekerja seperti biasa dan hanya tinggal di rumah sahaja.  Masa banyak dihabiskan menonton TV dan Youtube, dan dari situ dia belajar dengan cara yang betul untuk memasak . Kini, Burger Smashed bakal dihidangkan kepada anda dengan kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan. Kini bermulalah perjalanan Smashed Burger.

Menerusi perkongsian juruterbang itu di Instagramnya, dia menceritakan bagaimana tercetusnya idea menjalankan perniagaan menjual burger. Sebelum ini, dia berkhidmat sebagai juruterbang dia dua buah syarikat penerbangan terkemuka dunia, namun berikutan pandemik Covid-19 yang melanda secara tidak langsung memberi kesan terhadap kariernya.

Tambahan pula, dia turut menjelaskan bagaimana dia mempelajari cara untuk membuat burger dengan sedap. Kini, Smashed Burger sudah mula dijual kepada orang ramai di Bukit Jelutong.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan supaya Naeem dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Tambahan pula, seorang pelanggannya turut memuji akan kesedapan burger tersebut dan akan membelinya lagi nanti.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *