Doktor muda kelahiran Malaysia dapat pujian Dr Noor Hisham! Inovasi hijab diiktiraf peringkat antarabangsa.


USAHA doktor muda kelahiran Malaysia di United Kingdom (UK) yang mencipta hijab pakai buang untuk para petugas barisan hadapan wanita Muslim, benar-benar membanggakan ramai.

Inisiatif Dr Farah Shaheera Roslan mendapat pujian daripada banyak pihak, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Tidak ada yang mustahil jika kita bersama, terus berinovasi dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pembedahan.

“Semuanya bermula dengan niat ikhlas kita untuk mencipta perbezaan besar untuk kemajuan dalam pembedahan dan penjagaan kesihatan,” katanya dalam catatan Facebook pada Jumaat.

Dr Noor Hisham turut berkongsi pautan wawancara video di mana Dr Farah berkongsi pengalamannya dalam mencipta hijab pakai buang ketika dia bekerja di Hospital Royal Derby sebelum ini.

“Wanita Muslim Malaysia, apabila diberi peluang, dapat melakukan keajaiban. Alhamdulilah

“Saya harap video ini dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita Muslim untuk menjadi pakar bedah pada masa depan,” katanya.

Idea untuk mencipta hijab pakai buang pertama kali tercetus ketika Dr Farah bertugas sebagai doktor pelatih, di mana dia dikecualikan untuk memasuki bilik pembedahan kerana memakai tudung disebabkan polisi aspek kebersihan yang ketat.

Ketika itulah dia melihat perlunya ada penyelesaian kepada situasi tersebut, di antara kos pakaian hospital dengan kepercayaan agama para petugas.

Didorong oleh mentornya, Dr Gillian Tierney, doktor muda itu kemudian menghubungi rakan dan pembekal di Malaysia untuk mendapatkan idea mengenai hijab pakai buang, sebelum berjaya mendapatkan pembekal di UK.

Selepas rekaan hijab pakai buang diluluskan, ia kemudian dibekalkan ke semua bilik pembedahan di bawah University Hospitals Derby dan Burton Trust.

Atas usaha dan sumbangan tersebut, Dr Farah dianugerahkan NHS Leadership Academy Award dan dicalonkan untuk British Muslim Award.

Kini berkhidmat dengan Northampton General Hospital, Dr Farah juga bekerjasama dengan British Islamic Medical Association berhubung garis panduan penggunaan hijab untuk kegunaan klinikal


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *