Dekatkan hubungan jarak jauh, tips ini mungkin boleh membantu


Menjaga hubungan jarak jauh bukan suatu perkara yang mudah, masing-masing perlu berusaha untuk menjaga kasih sayang dalam perhubungan.

Kepercayaan amat penting, tanpa kepercayaan dan kejujuran, sukar untuk menjayakan hubungan jarak jauh.

Ramai yang melihat hubungan ini berakhir dengan pergaduhan tetapi jika anda berjaya dalam mengekalkannya dari segala rintangan, maka anda berdua adalah pemenang.

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin anda dan pasangan boleh amalkan dalam menjalani dan menjaga hubungan jarak jauh.

1. Bersikap jujur dan terbuka

Jujur dalam setiap perbuatan dan selalulah bersifat terbuka dengan pasangan. Tetapkan beberapa peraturan asas selama hubungan jarak jauh akan membantu mencegah dari saling menyakiti.

Jangan sesekali menipu pasangan dan bersikap jujur agar apa juga yang berlaku tidak akan menyakiti pihak yang satu lagi dan merosakkan hubungan.

2. Tepati janji

Jadilah manusia yang boleh dipercayai dan langkah pertama adalah dengan menepati janji. Jika pasangan anda memberitahu bahawa dia akan menefon anda, maka anda harus ada untuknya.

Jika dalam keadaan mudah ini saja anda gagal maka keraguan akan muncul dan ini akan menjejaskan hubungan.

Menepati janji adalah perkara paling penting dalam sesebuah hubungan.

3. Jangan buat pasangan bosan

Anda mungkin berfikir sering berhubung dengan pasangan dapat mengimbangi jarak dan membantu menjaga hubungan, tetapi ini tidak benar.

Komunikasi yang berlebihan mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Menjadi terlalu posesif mungkin akan membuat pasangan menjadi bosan.

4. Beri ruang

Apabila berada jauh dari pasangan, berikan ruang untuknya. Jangan terusan menguasai pasangan.

Jangan terlalu posesif kerana dia juga perlukan waktu untuk kerjaya dan dirinya sendiri. Seimbangkan dua hal ini.

Begitu juga untuk anda, mungkin di saat ini anda perlukan ruang untuk diri anda. Tetapi paling penting, kedua-duanya perlu jujur pada diri sendiri.

5. Komunikasi asas

Mengurangkan komunikasi bukan bermakna anda tidak perlu berhubung langsung tetapi lakukan beberapa perkara rutin seperti mengucapkan selamat pagi dan malam setiap hari.

Perbuatan ini akan membuatkan pasangan rasa dicintai dan diperhatikan. Juga beritahu pasangan kondisi dan khabar anda agar dia tahu apa yang berlaku kepada anda.

Kirimkan gambar atau video call apabila waktu lapang juga dapat membantu hubungan jarak jauh.

6. Luangkan sepenuh masa bersama

Dalam hubungan jarak jauh, sudah tentu anda tidak akan bertemu dalam jangka waktu yang lama.

Oleh itu, apabila bertemu, pastikan anda bersemangat dan sentiasa ada untuknya apabila bersama.

Jauhkan telefon dan luangkan masa untuknya. Elakkan dari mengungkit perkara-perkara remeh yang boleh mengganggu hubungan saat itu.

7. Ujian buat anda berdua

Ketahuilah, hubungan jarak jauh adalah ujian buat anda berdua. Di masa inilah, kejujuran, kesetiaan dan sifat anda berdua akan diuji. Jika anda tersilap langkah, tentunya akan merosakkan hubungan tersebut. Oleh itu, anda perlu jujur pada diri sendiri dan pasangan.

Juga ingatlah, kasih sayang yang dibina antara anda berdua tidak perlu diakhiri dengan kecurangan anda atau pasangan.

Anggaplah berada jauh dari pasangan sebagai satu ujian dan pembelajaran. Hidup terpisah akan memberi lebih pengalaman kepada kedua-dua pasangan, malah boleh menguatkan lagi ikatan kasih anda berdua.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *