Dari kokpit kapal terbang kepada penternak madu kelulut, juruterbang tak sengaja jadi petani bandar


PETALING JAYA: Kawasan perumahan di Kota Damansara itu nampak tenang, di penghujung jalan tersergam indah sebuah rumah berpagar kayu.

Melangkah masuk, pandangan penulis digamit 1001 kehijauan yang menakjubkan.

Terpegun melihat hidupan akuatik dan 12 sarang lebah jenis madu kelulut atau trigona yang cukup diminati ramai kerana khasiatnya yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Kushairy Shoib, 45, bekas juruterbang Malaysia Airlines, IT dan pengamal kewangan, yang secara tidak sengaja memiliki taman subur di tengah bandar ini memang layak digelar si ‘tangan hijau’.

“Panggil saya Koosh,” katanya tersenyum mesra ketika FMT berkunjung ke kediamannya pagi itu.

Koosh menunjukkan taman mininya yang ditumbuhi pelbagai jenis tanaman.

Rumah milik orang tuanya yang didiami sejak lebih sedekad lalu itu juga umpama syurga tanaman. Pelbagai jenis tanaman seperti pokok anggur, bayam Brazil, mulberi, lada benggala, lada hijau, origano India, “rosemary”.

Selain itu, terdapat hidupan akuatik seperti ikan tilapia, udang karang, ikan pelaga dan tangki ikan raksasa setinggi 10 kaki khusus buat sang kura-kura yang diselamatkan selepas diminta seorang pengusaha kedai haiwan sebelum ia dijadikan santapan eksotik.

Terdapat juga sistem akuaponik buatan sendiri yang mengagumkan, subur dengan tanaman pelbagai jenis sayuran penuh khasiat dan cukup digemari masyarakat atau lebih mesra dengan panggilan ulam.

Cili yang hidup subur hasil tangan ‘hijau’ Koosh.

Dari daun selom, ulam raja atau nama saintifiknya “cosmos caudatus”, pegaga hingga kepada kunyit dan tiga jenis limau, menjadi antara puluhan tanaman, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di sini dan taman ini hanyalah satu hobi.

Koosh berkata kebun di rumahnya itu bermula sebagai hobi biasa sepuluh tahun lalu. Isteri dan anaknya cukup suka dengan aktiviti memetik buah-buahan segar seperti mulberi dan jambu batu.

“Ayah saya bekerja sebagai pengurus ladang getah dan koko di Perak pada awal 1970-an, jadi saya dan adik-beradik membesar sukakan alam semulajadi dan aktiviti luar,” katanya.

Madu jadi wang

Koosh memeriksa sarang lebahnya.

Dia kemudian memeriksa dan mengeluarkan propolis yang berfungsi sebagai lapisan pelindung lebah.

“Mereka adalah makhluk yang cukup privasi dan berdisiplin. Bangun jam 6 pagi dan balik sebelum matahari terbenam,” katanya sambil mengaitkan bagaimana propolis mencetuskan permintaan yang cukup tinggi di kalangan pengeluar kosmetik dan krim badan.

Pun begitu, melihat sang lebah bebas berterbangan walau hanya di sebuah taman kecil, adalah pemandangan dan pengalaman yang cukup indah dalam kehidupan di hutan bandar hari ini.

“Pada mulanya saya hanya mendapatkan lebah untuk membantu pendebungaan. Saya beli sarang lebah tiga tahun lalu dan tidak sangka, lebah yang dibeli untuk membantu hobi berkebun saya ini membawa keuntungan.

“Kemudian, ada seorang rakan mengadu sakit lutut, jadi saya berikan madu kepada dia,” ujarnya.

Seminggu kemudian, rakan itu memberi tahu Koosh bahawa lututnya bertambah baik, dan meminta lagi bekalan madu, diikuti seorang rakan lain yang menderita penyakit serupa.

Bermula dari situ, peminat madu kelulutnya berkembang. Permintaan yang meningkat daripada rakan, keluarga dan jiran memaksa Koosh mengembangkan ternakan madu kelulut.

Berikutan permintaan yang menggalakkan, Koosh ingin mengembangkan ternakan madu kelulutnya.

Dia menambah 14 lagi sarang di sebidang tanah seluas dua hektar di Hulu Langat yang dikongsi secara bebas bersama pemilik tanah.

“Saya tidak mempunyai madu yang cukup untuk memenuhi permintaan minggu ini,” katanya tergelak lembut sambil dikerumuni beberapa jenis lebah kelulut species Apicalis, Thorasica dan Itama.

Difahamkan, Koosh menuai beberapa liter madu setiap minggu. Menurut Koosh, keistimewaan lebah ini terletak pada dua perkara:

Pertama, madu kelulut dikatakan tiga hingga empat kali lebih berkhasiat daripada madu biasa, kerana saiz lebah yang sangat kecil hingga mampu masuk jauh ke dalam bunga untuk benar-benar mendapatkan nektar yang baik.

Kedua dan rahsia khasiat sebenar Koosh adalah lebah yang berbeza hinggap pada tumbuhan dan buah-buahan yang berlainan di taman ini (termasuk buah jambu air yang gugur ke tanah dari pokok setinggi 25 kaki dan ‘bunga lapan pagi’).

Koosh menggabungkan tiga jenis madu itu untuk menjadikan campuran madu kelulut istimewanya.

“Sebahagian sarang menghasilkan madu yang sedikit masam, madu bunga dan madu manis. Jadi ketika saya mengadun, saya menggabungkan kebaikan semua jenis madu ini,” katanya.

Resipi itu jelas membuahkan hasil.

Selama bertahun menghabiskan masa di dalam kokpit, Koosh kini gembira dengan hasil tanaman dan kemanisan dari keuntungan pendapatannya berbudi kepada alam.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *