Dahsyat Ini Sebab Kenapa Orang Barat Tak Suka Pakai Pelitup Muka


Kes Covid-19 di negara barat semakin meningkat naik secara mendadak, dan jumlah peningkat kes jangkitan di negara mereka sangat mengkhuatirkan.

Apatah lagi, ramai ramai rakyat di negara-negara tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak kementerian kesihatan di negara masing-masing.

Tak Endah SOP, Keluar Tanpa Pelitup Muka

Sejak permulaan pandemik ini menyerang seluruh negara ramai rakyat di barat mengikuti SOP dan langkah pencegahan yang telah di war-warkan kepada mereka.

Namun lama kelamaan, ramai mula bertidak agresif dan tidak lagi mematuhi SOP serta tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.

Tidak Berasa Terancam

Menurut petikan dalam USA Today , pakar psikologi dan kesihatan menyatakan tindak-tanduk masyarakat terhadap pandemik adalah berlainan dan tingkah-laku mereka di dorong menerusi tindakan yang mereka rasakan betul.

Tambahan lagi, terdapat dalam masyarakat merasakan pandemik ini tidak memberi sebarang ancaman kepada diri mereka dan keluarga mereka sendiri.

Serangan Psikologi

Selain itu, akibat terlalu lama terkurung dalam rumah semasa perintah lockdown dilakukan di negara-negara barat ini, membuatkan rakyat mereka mula hilang arah.

Dan ini memberi impak psikologi kepada rakyat mereka, dan tiap kali mereka melihat pelitup muka atau melihat orang lain memakai pelitup muka ketika keluar rumah rata-rata ramai yang bertindak agresif seperti:

  • Menjerit kepada individu yang memakai pelitup muka
  • Menyerang individu yang memakai pelitup muka
  • Batuk di hadapan individu yang memakai pelitup muka
  • dan banyak lagi perlakuan yang tidak baik dilakukan.

Perang Politik

Bukan itu saja, faktor politik juga memainkan peranan mengapa ada sesetengah rakyat memakai pelitup muka dan separuh lagi tidak memakai pelitup muka.

Kerana mainan politik bercanggah dengan pandangan sains yang mana rakyat perlu mematuhi SOP dan mengikut saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi menangani pandemik.

Tetapi sayang ada dikalangan parti politik tidak memandang berat mengenai serangan pandemik, dan merasakan pelitup muka tidak memberi sebarang jaminan yang virus tersebut tidak menjangkiti tubuh mereka jika memakai pelitup muka.

Dengan dorongan sebegini tidak hairanlah hanya sebahagian sahaja rakyat di negara barat yang mematuhi SOP dan selebihnya tidak mengendahkan amaran serta tidak lagi memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

Stigma Budaya Dan Pemikiran

Ramai rakyat di negara-negara barat mula tidak mematuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan juga pakar kesihatan di negara masing-masing kerana stigma budaya dan berbeza pemikiran mengenai isu Covid-19.

Kebanyakan rakyat di negara barat merasakan memakai pelitup muka hanya membuatkan orang ramai berasa makin panik, dan biasanya pelitup muka hanya dipakai untuk orang sakit sahaja dan bukan untuk orang sihat seperti mereka.

Banyak faktor lain juga mendorong mengapa ramai rakyat di negara barat tidak mahu memakai pelitup muka, tetapi jika dilihat secara menyeluruh mereka hanya percaya pada pandangan dan spekulasi yang mereka ingin percaya.

Jadi walau banyak atau kerap mana pakar kesihatan menggesa rakyat mereka mematuhi SOP, rakyat negara barat hanya sekadar mendengar dan tidak mengamalkan apa yang disarankan kepada mereka.

Jadi tidak hairanlah kes jangkitan Covid-19 di negara-negara barat meningkat naik dari hari ke sehari, dengan sikap rakyat yang tidak mematuhi SOP seperti ini.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *