Cukuplah! Golongan Mak-Mak Tertekan Teruk Kerana PKP Dan PDPR


Seorang ibu meluahkan rasa tertekan dengan sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Rintahan yang bercampur-baur ini dikongsikan menerusi akaun laman Facebooknya Hanis Tanius, yang menceritakan kesibukannya sehari suntuk memantau pelajaran anak dan dalam masa yang sama mengurus rumah.

Tertekan Dengan Sistem PDPR

Menurut Hanis, dirinya telah cuba mengikuti dengan memerah kudrat yang ada untuk memantau pelajaran anak menerusi PDPR ini.

Tetapi ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat golongan ibu yang perlu adaptasi sistem serta norma baru begini bersama anak-anak di rumah.

Apatah lagi jika mempunyai anak yang ramai dalam keluarga dan setiap satunya perlu dipantau pelajaran mereka sepanjang PKP dilaksanakan.

Berkorban Tolak Rezeki Untuk Jana Pendapatan, Demi Pelajaran Anak

Seperti mana-mana ibu, Hanis juga tidak terkecuali memiliki keinginan untuk mencari pendapatan lebih demi keluarga apatah lagi dengan keadaan pandemik sebegini sumber kewangan sangat penting.

Tetapi demi anak-anak dirinya terpaksa menolak sumber rezeki untuk jana pendapatan, dan luangkan masa untuk pantau pelajaran setiap anak-anak di rumah.

PKP Sambung, Kesabaran Menghilang

Dalam luahan hati yang dikongsikan Hanis di laman Facebooknya, pada awal sistem PDPR dilaksanakan pada tahun lepas sehinggalah ke tahun ini dirinya telah cuba bersabar sebaik mungkin.

Tetapi kesabaran mula menghilang sedikit demi sedikit bila mana pengumuman PKP dilanjutkan, dan ia membuatkan jiwa seorang ibu berasa tidak mampu lagi menghadap PKP mahupun sistem PDPR ini lagi.

Rangka Jadual Dan Strategi Sendiri

Tidak sanggup hidup dengan bebanan dan tekanan perasaan setiap, hari Hanis mula rangka jadual dan strategi sendiri.

  • Cetak semua silibus sekolah anak-anak
  • Setiap satu jam akan pelajari satu tajuk bagi satu matapelajaran
  • Kerja sekolah akan dibuat bila ada masa
  • Akan cuba cari idea untuk jadikan matapelajaran sains menyeronokan dan tidak tertekan pada anak-anak

Bukan Semua Ibubapa Celik IT Dan Mampu Sediakan Kelengkapan PDPR

Sudahlah tertekan menghadap sistem PDPR bersama anak-anak di rumah, Hanis menyatakan bayangkan ibubapa yang celik teknologi sudah berasa tertekan teruk begini.

Bagaimana pula golongan ibubapa yang tidak tahu bab teknologi seperti laptop dan mesin cetak, dan mereka juga belum tentu mampu menyediakan kelengkapan untuk sistem PDPR di rumah.

Tekanan Besar Buat Semua Orang

Dalam perkongsian Hanis, dirinya tahu ramai ibubapa yang bekerja, guru-guru dan para pensyarah sudah cukup tertekan dengan situasi dan gaya norma baru ini.

Ibubapa yang mampu sudah berhabis duit yang banyak untuk menyediakan kelengkapan sistem PDPR, sudah letih menghadap sistem pembelajaran yang mengganggu urusan rumahtangga sepanjang hari.

Sudahnya, lebih baik ikut jadual sendiri dan pulihkan tekanan mental yang dihadapi.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *