Cucur badak


Masak apa petang ini? Tiba-tiba terasa nak makan cucur badak. Terbayang inti yang pedas-pedas manis memang sedap dimakan petang-petang begini.

Cucur badak yang sempurna mestilah mempunyai kulit yang nipis dan rangup manakala inti di dalam mestilah banyak serta sedikit kenyal semasa dikunyah. Membuatnya pun tidak lah susah mana. Apa kata jom kita buat sekarang.

Bahan Inti

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh jintan manis (disangai)
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh

  • 250 gram ubi keledek
  • 3 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara memasak:

Inti

  1. Blend bawang putih, bawang merah, lada merah, halia, serai, jintan menis dan udang kering dengan sedikit air.
  2. Setelah halus, masukkan kelapa parut dan blend sebentar.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi serta serbuk kunyit, gula dan garam.
  4. Kacau hingga masak dan kering sedikit.
  5. Angkat dan ketepikan.

Untuk doh

  1. Rebus keledek dengan air dan sedikit garam hingga lembut.
  2. Setelah masak, sejat air rebusan dan tinggalkan sedikit.
  3. Campurkan dengan tepung dan uli. Buat semasa masih panas, senang nak lenyek.
  4. Jika adunan lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung tapi jangan terlalu banyak nanti tak sedap.
  5. Setelah itu, buat doh kecil-kecil bulat. Ambik satu, buat melengkung. Letakkan inti dan tutup kembali. Buat begini hingga habis.
  6. Untuk menyedapkan lagi cucur badak ini, saya letakkan/tekankan di atas cucur badak udang hidup yang telah dibuang kulit, kepala dan ekor dan dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  7. Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah digoreng cucur-cucur badak ini dengan api yang sederhana hingga masak dan warna keemasan.

Selamat mencuba.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *