Cuba “trick” ini untuk kembalikan kemesraan dengan pasangan anda


Jijo sering memikirkan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian isterinya. Tahun demi tahun, dia sedar bahawa hubungan dengan isterinya menjadi semakin hambar dan longgar.

Tiada lagi gurauan manja sebelum tidur atau menonton televisyen bersama. Sudah lama juga dia tidak keluar ke pasaraya untuk mencari keperluan dapur secara bersama.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang sama dengan Jijo, apakah yang anda akan lakukan untuk memeriahkan kembali hubungan perkahwinan anda dengan pasangan anda? Masih ragu-ragu juga? Kalau begitu, ikuti tip mudah berikut:

1. Cakap perkara positif dengan pasangan

Cuba katakan sekurang-kurangnya lima kata-kata positif bagi setiap satu kata negatif yang diluahkan. Anda boleh cuba kaedah ini apabila berhadapan dengan sebarang masalah atau konflik bersama pasangan.

2. Berhenti mengkritik antara satu sama lain

Kritikan terutamanya kritikan yang tidak berasas adalah salah satu perkara yang boleh mendorong perceraian.

Kritikan berbeza dengan keluhan. Keluhan berbunyi seperti mengadu berkenaan sesuatu isu, manakala kritikan adalah sejenis serangan peribadi ke atas seseorang berkenaan karakter atau watak mereka.

3. Aktiviti bersama atau “playdate”

Satu kajian yang diterbitkan dalam Mayo Clinic Proceedings menyatakan, interaksi sosial yang melibatkan pasangan dan sukan boleh meningkatkan jangka hayat seseorang berbanding sukan atau senaman yang dilakukan secara berseorangan.

Contohnya, bermain badminton bersama pasangan adalah lebih baik daripada berbasikal berseorangan.

4. Tingkatkan keintiman emosi

Keintiman fizikal dan seksual semata-mata tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Ia perlu melibatkan keintiman emosi.

Ia melibatkan sikap keterbukaan antara satu sama lain berkenaan perasaan, pendapat, kepercayaan, nilai, harapan, kebimbangan, ketakutan dan cita-cita.

Ia akan menjadikan anda lebih “get each other” berbanding kritikan sepanjang masa. Keintiman emosi akan membawa anda kepada keintiman seksual yang lebih baik dan bermakna.

5. Ingati waktu lucu dengan pasangan

Cuba duduk secara santai di sofa rumah atau juga di tepian pantai, sambil mengingati momen-momen lucu antara anda berdua. Ingati kembali perkara yang pernah membuatkan anda berdua ketawa besar.

Ini kerana satu kajian yang diterbitkan dalam Motivation and Emotion menemui, pasangan yang mengingati saat lucu bersama dilaporkan mempunyai kepuasan hubungan yang lebih besar.

Perkara kecil ini mungkin tidak pernah anda fikirkan. Walau bagaimanapun, ia jelas boleh membantu sedikit sebanyak dalam memperbaharui dan mengekalkan hubungan sedia ada antara anda dan pasangan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *