Cuba Amalkan 7 Minuman Ni Kalau Anda Susah Nak Tidur Malam…


Tidur yang baik adalah selama 6 hingga 8 jam sehari bagi dewasa dan tidur pada waktu malam yang panjang.

Namun begitu, ada juga sesetengah dari kita yang mempunyai kesukaran untuk melelapkan mata, walau telah beberapa lama baring di atas katil. Ianya akan memberikan sedikit masalah pada individu terbabit, yang mungkin mengganggu prestasi kerja pada kemudian hari.

1. Susu coklat

Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu hangat dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

2. Teh pudina

Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum anda tidur.

3. Teh Chamomile

Teh Chamomile tanpa gula adalah minuman yang menenangkan untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

4. Koko

Ini andalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

5. Susu hangat

Beralih ke susu hangat jika anda susah tidur. Tambah 1 sudu penuh madu ke dalam satu gelas susu hangat, ianya untuk membantu tidur, menenangkan saraf dan berehat sebelum tidur. Minuman ini juga membantu seseorang untuk merasa segar kembali keesokan harinya.

6. Susu badam (almond milk)

Kerana kehadiran vitamin E dalam susu, ianya baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

7. Teh halia

Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang baik.

Isu tidur boleh menjadi rumit dan terikat kepada aspek kesihatan lain, jadi sebaiknya anda membincangkannya dengan pakar jika masih tidak berjalan dengan baik. Tetapi cuba jadikan ia sebagai amalan di malam hari nescaya masalah anda dapat dibendung.

Selamat Mencuba!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *