Cara Memilih Pelembap Muka Jenis Gel Di Pasaran Seperti Neutrogena Hydro Boost Water Gel


Terdapat pelbagai jenis pelembap untuk kulit wajah terutama wanita di pasaran. Antaranya ialah belembap jenis krim, losyen dan terdapat juga jenis gel. Pelembap jenis gel ini sesuai untuk kulit kering, berminyak, normal dan juga sensitif juga boleh digunakan.

Ramai yang terntanya-tanya bagaimanakah cara yang betul untuk memilih pelembap jenis gel di pasaran? Sebelum itu, jom kita lihat kenapa jenis gel ini ada kelebihan pada kulit wajah anda.

Kelebihan pelembap jenis gel

  1. Diperbuat daripada bahan berasaskan air

Kebiasaannya pelembap jenis gel ini bahan asasnya adalah air. Oleh sebab itulah jenis ini lebih ringan dan boleh melembutkan kulit wajah anda dan ia juga tidak akan menyebabkan pori-pori anda tersumbat.

Ia berbeza dengan pelembap bertekstur krim kerana ia lebih berat sehingga boleh menyebabkan wajah yang mempunyai masalah kulit berminyak mengalami pori-pori tersumbat. Lama kelamaan, anda akan mengalami masalah jerawat mula tubuh.

2. Daya serapan lebih baik dan tidak berminyak

Disebabkan bahan asas ia adalah daripada air, ia mudah dan cepat diserap oleh kulti wajah. Jadi, anda tidak perlu tunggu lama untuk pelembap itu meresap kedalam kulit.

Pelembap jenis ini juga sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi sebab gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Apabila kita menggunakan pelembap yang mempunyai daya serapan yang baik, ia akan membantu kulit menerima lembapan yang mencukupi dan dapat memperbaiki masalah kulit kendur.

3. Sesuai dengan cuaca panas di Malaysia

Apabila cuaca panas, kulit wajah akan mudah berminyak dan ia akan menjadi salah satu faktor jerawat tumbuh. Sebab itulah kita kena elakkan menggunakan pelembap jenis krim. Pilihlah pelembap jenis gel yang sesuai untuk kulit muka anda. Semakin cepat ia serap, kulit tidak akan mudah berminyak bila cuaca panas.

CARA TERBAIK UNTUK MEMILIH PELEMBAP JENIS GEL DI PASARAN

#1 Mengkaji atau melihat kandungan bahan dalam pelembap

Sebelum membeli pelembap jenis gel ini, anda perlu melihat kangungan bahan dia. Adakah pelembap itu mengandungi SPF yang melindungi daripada sinar UV, adakah ia antioksidan, bebas daripada alkohol, bebas daripada pewangi dan juga mengandungi bahan yang sesuai untuk kulit.

Bahan-bahan yang sesuai untuk kulit akan melindungi wajah kita jika dipakai secara kosisten dan membuatkan kulut jadi lembut, lembap dan lebih anjal.

#2 Tidak menyebabkan kulit wajah menjadi kering

Seeleoknya carilah pelembap yang bebas daripada alkohol. Sudah dijamin selamat! Selain itu juga, carilah pelembap yang ‘non-comedogenic’ yang mana jenis ini tidak akan menyebabkan liang pori-pori menjadi tersumbat.

#3 Tidak memberi kesan terbakar pada kulit

Anda boleh cuba sekiranya pelembap itu sesuai atau tidak pada kulit anda. Sekiranya anda telah menyapu pada kulit wajah, selepas beberapa minit, anda merasa tidak selesa seperti gatal-gatal, dan yang lebih teruk lgi anda merasa seperti terbakar pada kulit. Cepat-cepat pergi basuh semula muka kerana itu bahaya dan menunjukkan kulit anda tidak sesuai dengan pelembap itu.

Sepatutnya, pelembap jenis gel ini tidak akan memeberi kesan iritasi memandangkan bahan utaanya ialah air. Anda perlu tahu bahawa pelembap jenis gel yang mengandungi HA boleh membuat kulit wajah kekal awet muda dan mampu membuang sel kulit mati pada wajah.

CADANGAN PELEMBAP JENIS GEL.

Neutrogena Hydro Boost water Gel

Neutrogena Hydro Boost water Gel merupakan produk yang diiktiraf dan pelembap yang terbaik untuk jenis gel dimana ia cepat meresap ke dalam kulit dan ia juga memberi kesan lembapan yang cepat terhadap kulit kering.

Gel ini mengandungi hyaluronic acid (HA) yang mana ia membantu melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah. Selain itu juga, ia merupakan pelembap yang bebas minyak malah ada juga yang menggunakan pelembap ini sebagai pelapis asas sebelum mengenakan alat solekan. Jadi solekan akan leboh lembut dan naik serinya.

Selamat mencuba!

Sumber: https://dkraj1zlwu7.cloudfront.net/cara-betul-pilih-pelembap-jenis-gel-sesuai-dengan-kulit-muka/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *