Cara Gemukkan Badan (Tambah Berat & Naikkan Sedikit)


Media massa sering memfokuskan isu berat badan berlebihan atau obesiti dalam kalangan masyarakat. Namun, masalah berat badan kurang juga tidak boleh dipandang enteng. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Dan bagaimana pula satu lagi pihak yang mahu naikkan berat badan, dan mencari-cari cara gemukkan badan atau tambah lagi berat badan?

Salahkah mereka untuk nampak sihat dan tidak kurus?

Mengikut Kementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan Malaysia, masalah ini boleh berlaku apabila indeks jisim tubuh(BMI) lebih rendah dari 18.5. Maksudnya, berat badan individu tersebut ialah 15% hingga 20% lebih rendah berbanding purata berat dengan umur dan jantina individu lain.

Mungkin anda akan berasa lebih mudah untuk menambahkan berat badan berbanding mengurangkannya.

Betul ke pandangan seperti itu?

Sebenarnya, isu ini tidak semudah yang dibayangkan. Ini kerana bukan semua individu mempunyai tahap metabolisme, emosi, ilmu pemakanan dan kesedaran yang sama. Justeru, artikel ini akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Naikkan berat badan (Untuk orang dewasa yang kurus)

Berikut pula ialah cara gemukkan badan untuk orang dewasa. Naikkan sahaja sedikit dan tidaklah perlu terlalu gemuk.

  1. Ini ialah tips menarik untuk anda semua! Jangan makan nasi berulamkan air. Malah, sebelum makan, elakkan minum air secara berlebihan. Ini akan membuat perut kita menjadi kenyang dan seterusnya saiz hidangan juga menjadi lebih sedikit. Baru sahaja makan dua suap, sudah tidak larat hendak makan lagi.
  2. Kadang-kadang kita perlu bermain dengan psikologi sendiri. Untuk mengambil makanan yang lebih banyak, gunakan pinggan yang lebih besar. Kita cenderung untuk memenuhkan pinggan tersebut dengan makanan. Namun, pastikan makanan itu berkhasiat dan yang lebih penting jangan pula membazir. Ambil mengikut kemampuan diri sahaja.
  3. Jangan lupa untuk mendapatkan tidur yang mencukupi selama lapan jam setiap hari. Kualiti tidur yang buruk akan mengganggu kesihatan mental dan emosi. Tubuh menjadi lesu, badan tidak bertenaga dan seterusnya mengganggu selera makan. Oleh itu, macam mana sibuk pun kehidupan harian, jangan lupa tidur dengan nyenyak!
  4. Jangan cenderung untuk menjaga badan secara keterlaluan hingga mengakibatkan penyakit bulimia dan anoreksia nervosa. Jangan jadikan model-model barat sebagai idola untuk meniru bentuk badan mereka. Yang paling penting ialah memiliki tubuh badan yang sihat bukannya cantik tetapi berpenyakit.
  5. Jangan meninggalkan waktu makan yang utama seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sentiasa pastikan kita makan mengikut waktu untuk mengelakkan perut kosong. Tabiat melangkau waktu makan akan mengakibatkan masalah lain seperti gastrik dan sebagainya.
  6. Tetapkan target untuk mendapatkan berat badan ideal secara beransur dan sihat. Jangan sesekali mencuba ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. Jangan berhenti mencuba sehingga berjaya mendapat berat badan yang diingini.
  7. Pupuklah tabiat membaca tentang ilmu pemakanan dan diet melalui buku, majalah dan Internet. Kini, semuanya di hujung jari sahaja.

Akhir kata

Cara tambah berat badan

Diharapkan penulisan ini dapat memberi idea untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah kekurangan berat badan.

Mungkin pada awalnya sukar untuk mengubah tabiat harian, namun tiada yang mustahil. Tubuh badan merupakan amanah tuhan yang diberikan kepada kita.

Justeru, kita bertanggungjawab menjaga kesihatan tubuh badan dengan sebaik-baiknya.

Sebaliknya, jika benar-benar mahu tambahkan berat badan, sila baca semula cara gemukkan badan seperti di atas.

Semoga bermanfaat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *