CANTIKNYA! Malaysia Dilanda ‘Musim Bunga Sakura’


‘Tak perlu ke Jepun dah untuk tengok bunga sakura, Malaysia pun dah ada”.

Kredit foto: Lea Razali

Cuaca Di Malaysia berbeza dengan luar negara terutama Negara yang kaya dengan bunga sakuranya seperti di Jepun. Di Malaysia, panas dan lembap sepanjang tahun, tidak seperti negara luar seperti Jepun yang mengalami empat musim seperti musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Di Jepun, musim bunga jatuh pada bulan Mac sehingga Mei. Waktu beginilah bunga sakura akan mekar dengan cantik sekali.

Malaysia juga ada ‘musim bunga sakura’ yang tersendiri. Pada bulan Mac ini bunga-bunga cantik yang berwarna putih dan pink mekar dan kelopak bunga yang gugur sangat cantik rasa seperti di Jepun.

Tetapi, di Malaysia bukanlah bunga sakura yang sebenar, ia seakan akan bunga sakura yang disebut sebagai bunga Tekoma

Seperti mana yang telah dikongsi oleh Mingguan Wanita, kecantikan bunga Tekoma di laman facebook mingguan wanita, ramai yang berkongsi kecantikan bunga yang sedang mekar ini.

Bunga ini terdapat di pelbagai tempat seperti Johor, Kuala Lumpur dan ada juga di negara lain. Bagi wanita diluar sana mesti sedang berbunga bunga kan macam bunga tekoma ini:).

Mesti ada yang nak tanam bunga ini dihalaman rumah kan? Begitulah juga dengan admin, geram dengan kecantikan bunga ini:). Menurut mingguan wanita juga, ada juga yang kata “Tak payah pergi jepun” sebab Malaysia dah ada bunga sakura depan mata..

Mekarnya bunga ini sudah menjadi trending di laman sosial. Sepertimana yang telah dikongsi oleh sinar harian, setiap tahun pada musim panas atau kemarau pokok-pokok Tecoma ini akan mengeluarkan bunga warna putih dan merah muda .

Bunga Tecoma ini bukan sahaja mengindahkan pemandangan jalan raya, malah ramai juga yang telah berswabfoto untuk dijadikan kenangan.

Menurut perkongsian dari Harian Metro pula, ia telah memaklumkan bahawa bandaraya Melaka ibarat seperti musim bunga di Korea selepas landskap bunga Tecoma dengan pelbagai warna menghiasi hampir seluruh laluan negeri itu.

Jom menikmati kecantikan bunga ini di bawah:

Kredit foto:Nurhaslina Muhamad Saad
Fb: Muhd Ruzi

Sumber; https://www.mingguanwanita.my/tak-payah-pergi-jepun-cantiknya-malaysia-dilanda-musim-bunga-sakura/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *