Buat Pergerakan Ini Jika Anda Sering Rasa Sakit Pinggang


Sakit pinggang merupakan salah satu penyakit yang sering terjadi khasnya kepada mereka yang berusia dan mereka yang melakukan kerja dalam satu tempoh masa yang lama.

Masalah sakit pinggang boleh menjadi serius apabila individu itu merasa teramat sakit untuk bergerak mahupun bangun daripada tempatnya. Bagi kes seperti ini, rawatan di hospital perlu dilakukan bagi mengesan punca sebenar penyakit tersebut.

Untuk mengelakkan sakit pinggang daripada terus terjadi, berikut adalah beberapa pergerakan mudah yang boleh diikuti:

A. Latihan Peregangan Otot Kaki Belakang

buat pergerakan ini jika anda sering rasa sakit pinggang

1. Pergelangan kaki dan kaki bahagian bawah membentuk sudut setegak mungkin.

2. Posisi tubuh tegak lurus, saat bernafas secara perlahan, kemudian tubuh dimajukan ke depan perlahan-lahan.

3. Lutut tidak ditekuk.

B. Latihan Peregangan Kaki Terbuka

buat pergerakan ini jika anda sering rasa sakit pinggang

1. Posisi duduk lurus, kedua tumit kaki ditempelkan

2 . Tubuh bahagian atas lurus, dengan kedua tumit ditempelkan, posisi badan maju ke depan secara perlahan.

C. Perengangan Otot Kaki Bahagian Dalam

buat pergerakan ini jika anda sering rasa sakit pinggang

1. Kaki dibuka selebar mungkin (lebih 150 derajat, jika sulit, mungkin mulai dari awal 90 derajat), lutut harus lurus.

2. Tubuh tetap lurus, atur pernapasan, lalu tubuh dimajukan ke depan secara perlahan-lahan.

D. Latihan Peregangan Paha Depan

buat pergerakan ini jika anda sering rasa sakit pinggang

1. Posisi awal kedua kaki dilipat seperti bertutut, jaga posisi badan tetap tegak lurus

2. Tangan di atas paha, tubuh perlahan-lahan berbaring ke belakang.

3. Tangan lurus, posisi ini dipertahankan selama 1 minit sambil bernafas dalam-dalam.

Semoga bermanfaat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *