Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula!


Tahukah anda, walaupun buah-buahan adalah jenis makanan yang sihat, ia masih terdapat kandungan gula seperti fruktosa dan sukrosa.

Berikut adalah jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula yang patut anda ketahui.

Adakah gula daripada jenis buah-buahan lebih sihat daripada gula biasa?

Buah-buahan mengandungi jenis gula seperti glukosa, fruktosa dan juga sukrosa.

Namun, gula yang anda dapati daripada buah-buahan adalah kurang tumpat atau padat berbanding gula daripada sumber lain.

Apabila sesorang individu mengambil sesuatu yang manis, biasanya akan berlaku lonjakan pada tahap gula dalam darah.

Namun jika anda mengambil buah-buahan, lonjakan paras gula darah yang berlaku adalah lebih rendah berbanding sumber gula yang lain.

Oleh sebab itu, pengambilan sumber gula melalui buah-buahan adalah merupakan pilihan yang lebih baik bagi penghidap diabetes. 

Selain itu, apabila makan buah-buahan, anda bukan hanya menyerap gula,tetapi juga nutrien lain seperti serat vitamin dan jugak mineral

Namun, ini tidak bermakna semua jenis buah adalah sama keadaannya.

Bagi jenis buah-buahan kering, ia mengandungi kandungan gula yang lebih padat dan ia amat tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang menghidap diabetes. 

Jenis buah-buahan dengan kandungan gula yang tinggi

Bagi penghidap diabetes, jenis buah-buahan yang terdapat dalam senarai di bawah ini perlulah dikurangkan pengambilannya disebabkan statusnya sebagai buah tinggi gula.

1. Mangga

Tahukah anda, sebiji buah mangga boleh mengandungi sehingga 45 gram kandungan gula.

Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, buah mangga bukanlah salah satu pilihan yang baik.

Anda boleh mengambilnya dalam beberapa hirisan sahaja dan elakkan daripada memakannya sehingga berbiji-biji.

2. Buah laici

Tahukah anda, di sebalik rasanya yang berjus, manis serta menyegarkan, buah laici boleh dikatakan antara buah paling tinggi kandungan gula.

Secawan buah laici mengandungi sekitar 29 gram kandungan gula dan ia boleh dikategorikan sangat tinggi. 

3. Tembikai

Walaupun buah ini tinggi kandungan air, ia juga sebenarnya tinggi kandungan gula.

Sepotong buah tembikai mengandungi sebanyak 17 gram kandungan gula, sama dengan sebiji buah pir.

Makanlah dengan bersederhana walaupun anda mungkin tidak merasakan kemanisan buah ini pada lidah anda.

4. Buah tin

Kita mungkin jarang sekali berpeluang untuk makan buah ini dalam bentuk yang segar.

Biasanya kita hanya memakannya dalam bentuk yang sudah dikeringkan.

Tahukah anda, dua biji buah tin bersaiz sederhana mengandungi sekitar 16 gram gula.

Walaupun saiznya agak kecil, namun 2 biji buah ini sudah mencukupi untuk menaikkan kadar gula darah anda.

Gula tetap gula walaupun daripada jenis buah-buahan

Dalam apa jua keadaan, anda masih perlu mengambil setiap jenis makanan tersebut secara sederhana.

Tidak kira walaupun anda dikategorikan bebas sebarang penyakit atau sekadar mengambil buah-buahan, anda masih berisiko untuk menyerap lebih banyak kandungan gula jika makan berlebih-lebihan.

Oleh itu, makanlah secara bersederhana walaupun ia hanyalah buah-buahan. 


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *