Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?


Kebanyakan individu mahukan badan yang cergas. Tetapi tidak semua mahu meluangkan masa untuk melakukan senaman. Tetapi bagaimana jika pengambilan suplemen dapat menjadikan badan anda cergas tanpa bersenam?

Manfaat senaman tanpa bersenam?

Terdapat penyelidikan mendakwa bahawa seseorang individu itu boleh mendapatkan manfaat kecergasan daripada bersenam tanpa perlu melakukannya. Haaa…bunyi macam pelik, bukan? Adakah ia boleh berlaku?

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan saintis dari University of Michigan ke atas tikus dan lalat. Ia bertujuan untuk melihat kesan sejenis protein yang dinamakan Sestrin, dalam memberikan impak kepada badan haiwan dan serangga tersebut.

Untuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications ini, para saintis telah mencipta ‘treadmill’ khas untuk lalat, yang mana akan membuatkan serangga ini mempunyai kecenderungan semula jadi untuk naik ke atas dari tiub ujian. Kumpulan lalat dalam ujian ini dipaksa untuk berjalan selama tiga minggu. 

Penghasilan Sestrin

Menurut ketua penyelidikan, Dr Myungkin Kim, “Para penyelidik sebelum ini telah mengkaji bahawa protein Sestrin akan terhasil dan terkumpul di dalam otot selepas seseorang melakukan senaman.“

Sestrin merupakan sejenis protein yang dihasilkan dalam badan manusia. Menerusi kajian yang dilakukan, penyelidik mencadangkan dengan memaksa badan untuk menghasilkan atau mendapatkan Sestrin melalui suplemen, akan menjadikan seseorang individu itu lebih cergas tanpa perlu bersenam. 

Dr Myungkin dan rakan-rakan penyelidiknya percaya bahawa pengeluaran Sestrin semasa bersenam adalah satu penghasilan yang memberikan manfaat kepada badan. Senaman juga membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, kulit dan organ penting serta menguatkan otot dan tulang.

Bersenam vs suplemen

Selain itu, bersenam juga dapat membantu meningkatkan keupayaan paru-paru untuk membawa masuk oksigen, serta menjadikan jantung dan arteri untuk berfungsi dengan lebih baik dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Malahan, beliau tidak menafikan bahawa senaman akan dapat membantu kebanyakan individu untuk kekal langsing dan dalam masa yang sama dapat menurunkan risiko penyakit seperti diabetis, darah tinggi jantung serta kanser. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan individu di dunia ini tidak melakukan senaman yang mencukupi. Bagi sesetengah individu yang disebabkan faktor usia yang lanjut atau berpunca daripada penyakit seperti masalah penyakit neuron motor, ia mengakibatkan otot tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Oleh sebab itu, para penyelidik sedang dalam usaha untuk mencari kaedah dan cara yang dapat membantu memberika manfaat kepada masyarakat tanpa memerlukan seseorang individu itu untuk bersenam dan antara cadangannya adalah untuk menghasilkan suplemen.

Walau bagaimanapun, penyelidik memberitahu untuk menghasilkan suplemen Sestrin adalah mustahil. Ini kerana molekul Sestrin adalah terlalu besar dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai suplemen. Sehingga kini kajian lanjut masih dilakukan bagi mencari cara terbaik. 

jogging

Berapa banyak senaman diperlukan?

Jadi buat masa ini, masih tidak terdapat sebarang suplemen yang boleh menggantikan atau memberikan manfaat senaman kepada anda dan anda masih perlu untuk bersenam bagi mengekalkan kecergasan diri.

Berapa banyak senaman yang perlu dilakukan bagi menjadikan diri sentiasa cergas? Berikut merupakan cadangan jumlah senaman yang perlu dilakukan setiap hari bagi individu dewasa yang berusia antara 19 hingga 64 tahun untuk kekal sihat dan aktif.

  • Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana seperti berbasikal atau berjalan pantas pada setiap minggu
  • Lakukan senaman kekuatan untuk dua hari atau lebih dalam seminggu. Pilih senaman yang menggerakkan semua otot utama seperti kaki, pinggul, belakang badan, perut, bahagian dada, bahu dan lengan

Atau anda boleh memilih untuk melakukan:

  • 75 minit aktivi fizikal berintensiti tinggi seperti berlari atau bermain tenis perseorangan pada setiap minggu
  • Lakukan senaman kekuatan untuk dua hari atau lebih dalam seminggu. Pilih senaman yang melibatkan semua otot utama seperti kaki, pinggul, belakang badan, perut, bahagian dada, bahu dan lengan

Jika tidak, anda boleh melakukan senaman seperti:

  • Gabungan aktiviti fizikal berintensiti sederhana dan tinggi pada setiap minggu. Sebagai contoh, dua kali berjalan pantas untuk tempoh 30 minit bersama aktiviti berlari untuk tempoh 30 minit yang bersamaan lebih kurang 150 minit aktiviti fizikal
  • Anda juga perlu melakukan senaman kekuatan untuk dua hari atau lebih dalam seminggu. Pilih senaman yang melibatkan semua otot utama seperti kaki, pinggul, belakang badan, perut, bahagian dada, bahu dan lengan

Satu peraturan senaman yang baik adalah di mana satu minit senaman aktiviti berintensiti tinggi dapat memberikan manfaat senaman seperti melakukan dua minit senaman berintensiti sederhana.

Cara bagi melengkapkan tempoh waktu senaman sebanyak 150 minit seminggu adalah dengan melakukannya secara 30 minit bagi lima sesi senaman setiap minggu. 

AKHIR KATA

Melakukan senaman adalah satu aktiviti yang baik dan amat digalakkan untuk dilakukan buat semua peringkat usia. Anda tidak boleh menggunakan faktor umur atau keadaan fizikal sebagai alasan anda tidak melalukan senaman.

Ini kerana terdapat pelbagai jenis senaman yang sesuai untuk dilakukan berdasarkan peringkat usia, keadaan fizikal atau kesihatan pada masakini. Tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor sebelum memilih untuk melakukan sebarang aktiviti senaman.

Perkara paling penting yang harus sentiasa diingat adalah untuk tidak melakukan sebarang senaman sekiranya anda berasa tidak sihat atau keletihan. Jika anda terus memaksa diri anda, ia cenderung untuk menyebabkan masalah lain untuk berlaku. Pastinya anda tidak mahu keadaan seperti itu untuk berlaku, jadi usah memaksa diri sekiranya tidak sihat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *