Bolehkah Berwuduk & Bersuci Guna Air Banjir ? Ini Penjelasan Mufti WP


Ketika musim banjir ini, pasti mangsa-mangsa yang beragama Islam menghadapi kesukaran mendapatkan air bersih untuk berwuduk.

Mana tidaknya, sumber air bersih sudah pun tenggelam dek kerana banjir, malah satu-satunya sumber yang sedia ada ketika ini hanyalah air banjir yang berlumpur dan kotor.

Jadi, bagaimanakah solusinya untuk mangsa banjir mengambik wuduk? Adakah dibolehkan menggunakan air banjir yang kotor itu atas sebab ‘darurat’?

Soalan :

Assalamualaikum Datuk Mufti, sekiranya ketiadaan air bersih, adakah mangsa banjir perlu menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci ataupun bertayamum ?

Jawapan:

Pendapat kami, dibolehkan untuk mangsa banjir menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci.

Kata al-Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili:

Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.

Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan.”

Rujuk al-Muktamad fi Fiqh al Syafie

Wallahua`lam.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *