BISNES BERJAYA WALAUPUN SEORANG SURI RUMAH


Seorang suri rumah sangat cekap dalam membuat segala kerja rumah atau lebih mudah digelar sebagai seorang yang serba boleh. Mereka boleh buat pelbagai kerja dalam satu masa. WOW! Hebat kan?

Ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa malah ada juga suri rumah yang menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Siapa kata suri rumah ni hanya goyang kaki sahaja? Sedangkan sebagai seorang suri rumah, banyak benda perlu dilakukan dan agak sibuk bagi menguruskan rumah tangga. Dari segi menjaga keluarga, pakaian, makanan, kebersihan rumah dan banyak lagi.

Tapi mengapa masih ada suri rumah yang mahu melakukan BISNES?

Mereka yang sanggup buat bisnes bukannya mudah untuk menjana pendapatan meskipun banyak benda lain yang perlu dilakukan.

Berdasarkan pemerhatian daripada usahawan yang mengikuti program latihan & bimbingan RichWorks selama lebih 12 tahun, antara sebab suri rumah membuat bisnes ialah :

  1. Ingin membantu suami dan keluarga untuk mendapat duit tambahan.

Wanita seorang yang berhati mulia dan jauh disudut hati mereka, seorang yang lemah lembut, sedikit sebanyak ingin meringankan beban suami dan keluarga. Mereka sanggup menggunakan masa terluang untuk meringankan beban suami.

2. Mempunyai wang pendapatan sendiri untuk berbelanja, simpanan dan persediaakn masa hadapan.

Wanita tidak mahu membebankan suami hanya kerana mahu memenuhi kehendak sendiri seperti membelikan hadiah untuk diri sendiri dan lain-lain.

Selain itu, membuat persediaakn untuk masa akan datang. Tiada sesiapa yang meminta kehilangan suami tetapi ini semua ketentuan Allah SWT.

3. Mendapatkan ilmu, pengalaman dan kenalan baru

Melalui bisnes, mereka dapat ilmu dan pengalaman baru serta tingkatkan keupayaan untuk jana pendapatan. Mereka juga dapat berjumpa dengan kenalan baru.

Antara model yang boleh dijadikan contoh adalah seperti dibawah:

SURI RUMAH MENJADI JUTAWAN KETIKA BERUMUR 23 TAHUN

Kami nak kongsikan anda dengan kisah seorang suri rumah, Puan Nur Aini Zolkepeli yang dulunya bermula jual rumpai laut kini menjadi jutawan kosmetik malah membantu ribuan suri rumah lain untuk jana pendapatan.

Ini bukan cerita yang dibuat-buat ya. Beliau merupakan pengasas brand Nurraysa Beauty yang menampilkan produk mesra wuduk.

Beliau mulakan bisnes dengan dengan tekad untuk bantu suami dan tingkatkan pendapatan keluarga. Hanya dengan modal RM500 yang dipinjamkan dari suaminya, Tuan Saiful Anuar Seliman, beliau mulakan bisnes.

Bukannya mudah untuk buat bisnes, ada turun naiknya dengan persaingan dan bermacam-macam hal lagi. Bagaimanapun, bisnes beliau terus berkembang selepas menyertai program anjuran RichWorks.

Dari situlah berlaku lonjakan dalam bisnesnya, ilmu marketing yang beliau dapat dan dipraktikkan secara konsisten.

Puan Nur Aini juga faham bahawa untuk lebih berjaya, beliau perlu membantu lebih ramai orang. Timbul idea untuk ‘berniaga berjemaah’ dan beliau mahu bantu suri rumah yang hadapi situasi yang sama sepertinya, yang tercari-cari cara untuk tambahkan pendapatan.

Jualan produk Nurraysa telah mencecah lebih RM100,000 sebulan! Sales mereka pada tahun 2019 sahaja sudah mencecah 13 juta! Tapi pada tahun ini, setakat 29 November lalu, jualan Nurraysa Beauty telah mencecah RM28.2 juta walaupun ketika krisis ini.

JADI, SIAPA KATA SURI RUMAH NI TAK BOLEH JADI JUTAWAN?

Sumber: https://richworks.com/suri-rumah-pun-mampu-buat-bisnes-berjaya/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *