BISKUT RAYA 2021! 5 Koleksi Resepi Viral


Tercari-cari resepi biskut raya? Jom teruskan membaca sebab akak gojes nak share 5 resepi biskut raya 2021. Semoga anda dapat idea untuk membuat kuih raya.

#1. Biskut Semperit Meriah

Klau sebelum ni anda buat biskut semperit biasa, cubalah kelainan raya tahun ini buat pula biskut semperit meriah dengan warna-wani ni. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya dibawah:

Bahan A

  • 250gm butter/marjerin
  • 150gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 camca esen vanilla

<Satukan kesemua Bahan A dan putar sebati. Jangan terover mix ya, sekadar sebati semua bahan sahaja>

Bahan B

  • 250gm tepung jagung
  • 250gm tepung kastard

>Tambah sedikit tepung gandum secara sedikit-dikit sehingga menjadi doh.

>Bahagikan adunan untuk warna (Ikut warna pilihan anda ye)

>Bakar di oven 170 celcius dalam 15-20 minit (mengikut kepanasan oven masing-masing)

Kredit: Khairul Abesah

#2. Biskut Tart Nenas Bunga Premium

Selain dari tart nenas yang gulung-gulung tu, anda juga boleh variasikan tart nenas seperti gambar diatas.

Bahan-Bahan:

  • 250gm pure butter salted
  • 2 sd bsr gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sd bsr tepung kastard
  • 1 sd bsr tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • Esen vanilla
  • Jem nenas untuk init/hiasan

Cara-cara:

>Pukul butter, gula, telur sehingga sebati menggunakan senduk kayu.

>Masukkan esen vanilla sedikit

>Masuk kesemua jenis tepung sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh

>Terap untuk canai. Lagi mudah jika alas plastik atas dok sewaktu mencanai

  • Terap guna acuan pilihan, jangan terlalu nipis atau tebal sangat.  
  • Bakar api atas bawah lebih kurang 25 minit suhu 160″  atau sehingga masak. Timing Ikut oven masing-masing.
  • Adunan ni boleh dapat lebih kurang 60-75 biji ikut acuan. Dalam tray 1 adunan penuh dalam 75 biji macam tu. 
  • Tips api atas bawah tapi kena pandai main api. Bakar guna api atas bawah untuk 15 minit pertama & tukar ke api bawah untuk baki minit sampai masak.

Kredit: Yatie Zelani

#3. Biskut Coklat Chips Crunchy

Bahan A:

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat (satukan tepung + soda bikarbonat, ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan coklat chips
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara-Cara:

  • Satukan kesemua bahan A dalam bekas. Pukul bagi sebati ja.
  • Dah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati (Adunan memang lembik ya, jangan tambah tepung pulak, nanti keras biskutnya, Kalau rasa lembik sangat, tambah 2sb je tepung)
  • Bila tepung dah sebati, masukkan coklat chips + coklat rice, gaul sebati.
  • Dah siap, boleh sudukan adunan dalam tray, tak perlu sapu butter.
  • Nak guna sudu kecil atau nak cubit-cubit pun boleh saja.
  • Buat kecil-kecil ja, nanti bakar dia akan kembang/leper..
  • Bakar selama 20-25minit suhu 170c, api atas bawah ya
  • Lepas bakar keluarkan tray, biasanya biskut tu dia akan nampak macam tak masak, Kalau kita tekan dia macam lembik, biarkan dia sejuk dulu tau, baru dia akan elok.. Crunchy ja.. Masa panas-panas memang macam tu.

Kredit: Siti Norizan

#4. Biskut Koko Rangup

Bentuknya seperti kuih semperit butter tu kan. Anda boleh variasikan bentuk kuih dengan pelbagai bentuk acuan.

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cwn Tepung gandum
  •  1/2 cwn Tepung jagung
  • Butter 1 ketul (marjerin 250g ikut sukatan butter juga)
  • 1 cwn Gula aising 
  • 1 biji Kuning telur 
  • Esen vanilla
  • 1/2 cwn Serbuk koko

Cara-Cara:

  • Putar kuning telur, gula aising, butter, esen vanilla hingga sebati.
  • Masukkan tepung jagung, serbuk koko dan putar lagi. 
  • Akhir sekali baru masukkan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat di jari bila pegang. 
  • Agak-agak saja. Jangan lembik atau terlalu keras. Dah sebati semua boleh guna kreativiti masin-masing untuk bentuk ikut acuan ya.
  • Bakar pada suhu 18-c dalam masa 20 minit (mengikut kepanasan oven masing-masing)

Kredit: Siti Hadirah

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: https://www.inspirasikami.com/2021/02/5-koleksi-resepi-biskut-raya-2021.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *