Biskut RAYA π™¨π™žπ™π™–π™© 𝙙𝙖𝙣 π™¨π™šπ™™π™–π™₯


Sekarang kan ramai orang nak kurus, nak tukar cara pemakanan kepada yang lebih sihat, nak makan makanan yang sihat. Tapi selalunya biskut raya yang kita makan tu mana ada yang sihat kan, semua tinggi gula dan kalori. Jadi untuk korang yang nak kan kelainan di hari raya tahun ni, Boleh lah try buat biskut raya ni. Jom baca sampai habis! Let’s go!!

1. Biskut kacang

Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Yang Sedap, Lembut Dan Mudah Disediakan  - Blog Cik Matahariku

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang tanah
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung gandum

Cara penyediaannya:

  1. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Buang kulit dan kisarkannya sehingga halus.
  2. Campurkan kacang, tepung gandum, dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan minyak jagung sesikit demi sedikit sehingga berbentuk doh yang boleh dibulat-bulatkan.
  4. Sapu kuning telur di atas biskut. Bakar 170 darjah Celcius, api atas bawah. Dalam 10-12 minit sahaja.

2. Biskut coklat almond crunchy

Himpunan Resipi Biskut Raya Guna Coklat. Mudah & Sedap.

Bahan-bahan:

  • 250 g coklat susu compound
  • 50 g pes kacang hazel
  • Badam jejari secukupnya (dipanggang)

Cara penyediaanya:

  1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat. Kacau sebati.
  3. Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.

Note: Pastikan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan ranggup. Kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat compaund tersebut.

3. Biskut coklat almond

Biskut Coklat Chip Almond

Bahan-bahan:

  • 20 g serbuk koko
  • 150 g unsalted butter
  • 1 sudu besar puree kurma
  • Almond flakes (dihancurkan kasar)
  • Organic dried cherry (cincang-cincangkan)
  • Tepung gandum (ni masukkan ke dalam adunan sehingga menjadi doh)
  • 1 biji telur

Cara penyediaannya:

  1. Hanya menggunakan whisk, putarkan butter sehingga rata. Note: Keluarkan butter 30 minit awal, supaya butter tak keras.
  2. Masukkan puree kurma dan gaulkan rata.
  3. Masukkan serbuk koko, almond flakes dan cherry kering.
  4. Selepas itu, sedikit serbuk penaik. Sebiji telur dan gaul sebati.
  5. Masukkan tepung gandum sehingga doh tu tak jadi lembik sangat dan tak pekat sangat. Sedang-sedang je. Boleh letak dalam 1/2 cup dahulu, kalau tak cukup baru tambah sendiri.
  6. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah.

4. Biskut oatmeal sihat

resepi biskut oatmeal sihat

Bahan-bahan:

  • 2 1/4 cawan ‘rolled oats’
  • 1 cawan tepung oat
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh buah pala
  • 1/4 sudu teh garam laut
  • 6 sudu teh minyak kelapa
  • 2 sudu teh sos epal
  • 1 cawan gula melaka/gula perang
  • 2 biji putih telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1/2 cawan kismis atau cip coklat gelap atau boleh campur kedua-duanya

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan ketuhar hingga 175 darjah Celcius.
  2. Sembur dua helai kertas baking dengan semburan memasak (cooking spray) dan alas loyang. Ketepikan dahulu.
  3. Dalam mangkuk sederhana, campurkan oat, tepung oat, baking soda, serbuk penaik, kayu manis, buah pala dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk yang besar, setkan pengadun pada kelajuan sederhana dan adunkan minyak, sos epal, gula melaka, putih telur dan esen vanila sehingga lembut dan licin. Seterusnya, campurkan adunan ini bersama adunan oat dan pukul secara perlahan-lahan.
  5. Masukkan cip coklat gelap atau kismis dan kacaukan dengan ringan.
  6. Gunakan sudu atau senduk biskut, sendukkan adunan berbentuk bulat di atas loyang. Pastikan jarak antara biskut adalah 2 inci. Tekan sedikit setiap biskut dengan garfu.
  7. Bakar selama 10 minit dalam ketuhar, atau ia sehingga berwarna perang keemasan. Biskut akan kelihatan sedikit lembut, tetapi jangan bakar dengan terlalu lama sehingga ia menjadi sangat ranggup.
  8. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 5 minit atau sehingga ia mula mengeras.

5. Choco Oat bar

Oat choco (buatan sendiri) | cikjoi's Blog

Bahan-bahan:

  • 100 g instant oat
  • 100 g nestum
  • 150-200 g coklat putih compound/masak

Cara penyediaannya:

  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler.
  2. Masukkan oat dan nestum ke dalam coklat cair dan gaul sebati.
  3. Bentukkan ikut acuan yang disukai. Tekan padat-padat supaya adunan melekat. Masukkan dalam peti ais supaya adunan mengeras.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: ceriasihat.com, bukuresepi.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *