Bina nama dari video masak2, sambal Khairul Aming ‘sold out’ dalam 54 minit

Umum sedia maklum bahawa selebriti media sosial, Khairul Aming cukup terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana menyajikan video-video masakan ringkas yang mudah diikuti oleh para penonton.

Perkongsian videonya menjadi rujukan semua golongan jika buntu untuk memasak menu untuk dimakan pada hari tersebut. Jadi, Khairul Aming berjaya mengumpul 2.7 juta pengikut di Instagram dari muat naik video resepi-resepi masakan mudah.

Keluar produk sambal

Baru-baru ini, pemuda itu telah memaklumkan ingin mengeluarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi yang akan dijual secara atas talian di Shopee.

ADVERTISEMENThttps://www.instagram.com/p/CJnBGBxAJ7v/embed/captioned/?cr=1&v=13&wp=658&rd=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc&rp=%2Fbina-nama-dari-video-masak2-sambal-khairul-aming-sold-out-dalam-54-minit%2F%3Futm_source%3Dfb_page%26utm_campaign%3Dpubler%26utm_medium%3DOh%2520My%2520Media%26fbclid%3DIwAR2BUeuV_Qv6Ujt1pVl5n5KOiPtRX6SxsmigO7KLNobs6agwB3#%7B%22ci%22%3A0%2C%22os%22%3A1407.9550001770258%7D

Terjual habis tak sampai sejam

Namun, tidak sampai 54 minit dipasarkan, sambal keluarannya telah habis dijual dengan 10,000 botol kesemuanya.

Pastinya perkara itu satu kejayaan besar pada peringkat awal buat Khairul Aming kerana 10,000 botol bukanlah satu angka yang kecil.

Strategi permasaran yang berjaya

Oleh itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Syahirah Yaakub telah menulis bagaimana Khairul Aming berjaya memperoleh kejayaan besar seperti itu melihat dari sisi promosi perniagaan yang dijalankan.

Menurut pendapat Syahirah, Khairul Aming bijak menggunakan strategi dengan kekuatan 2.7 juta pengikutnya apabila memaklumkan segala perjalanan memulakan perniagaan Sambal Nyet di Instagram dengan visual yang menarik.

Bertahun bina nama, kongsi video2 secara free

Turut menyentuh perihal bagaimana pemuda itu membina nama bertahun-tahun dengan berkongsi resepi menarik kepada orang ramai secara percuma dan pastinya sangat memberi manfaat.

Boleh dikatakan sedekah ilmu yang diberikan menghadirkan rezeki yang tak berbelah bahagi apabila Khairul Aming memulakan perniagaan.

“4 tahun ni sebenarnya, semua video-video masakan yang dia share resepi secara percuma, sedar tak sedar, itu adalah perkongsian ilmu (sedekah) yang dia bagi dekat follower dia selama 4 tahun. Banyak cara kan sebenarnya kita nak bersedekah. Bukan sedekah duit sahaja.” Jelasnya.

Dia menyebut bahawa sesiapa yang berusaha pasti akan ada hasilnya seperti yang ditunjukkan oleh selebriti media sosial itu yang mana produk keluarannya terjual dalam waktu yang singkat dengan jumlah yang sangat besar.

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *