Betul ke makan bersulam air buat perut buncit?


Sering kita dengar kononnya minum air sambil makan akan menyebabkan perut buncit. Betul ke?

Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan. Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan.

Pastinya anda tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu.

Fahami sistem pencernaan

Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.

Umumnya, proses pencernaan bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut. Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kalenjar air liur akan mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.

Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecah dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.

Saluran usus

Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati. Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda.

Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.

Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda. Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan.

Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam.

Jadi, adakah tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?

Pengambilan air yang secukupnya setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik.

Makan sambil minum tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda. Malah, makan bersulam air boleh memberikan anda β€˜masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.

Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar. Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.

Bantu bakar kalori

Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.

Penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisma tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.

Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan.

Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu atau jus.

Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *