Betul ke air putih boleh turunkan berat badan?


Minum air putih atau air kosong nampak seperti sesuatu yang biasa tetapi sebenarnya, air putih boleh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan tubuh.

Malah, terdapat beberapa bukti menunjukkan minum air putih boleh membuat perubahan besar terhadap penurunan berat badan.

Faktanya, air putih dapat membantu menurunkan berat badan dengan berbagai cara. Berikut adalah beberapa alasan mengapa air putih dapat membantu menurunkan berat badan:

1. Mengenyangkan

Hasil kajian mendapat, minum air sebelum makan akan membuatkan kita makan dengan jumlah yang sedikit.

Minum air putih sebelum makan juga dikatakan berkesan mengawal berat badan dengan efektif. Ini kerana, air akan masuk ke dalam tubuh dengan cepat dan akan mengisi perut hingga paras tertentu.

Ia akan memberi isyarat kepada otak jika perut sudah kenyang dan tidak perlu makan terlalu banyak.

“Minum air dapat mengawal keinginan untuk makan makanan bertepung, masin, manis, dibakar, minuman beralkohol, dan soda.

“Semua makanan dan minuman itu adalah penyebab kepada kenaikan berat badan,” ujar pakar kesihatan di New Mexico State University, Jagdish Khubchandan, PhD.

2. Membakar lemak

Tubuh membakar lemak secara alami dan mengubahnya menjadi tenaga, yang disebut lipolisis. Minum air sangat penting untuk proses ini.

Lipolisis adalah cara tubuh memecahkan lemak. Langkah pertama dalam proses ini disebut hidrolisis, iaitu proses di mana tubuh menambahkan air ke lemak untuk membantu memecahkannya.

Satu tinjauan pada tahun 2016 menemukan, minum air dengan banyak akan menyebabkan peningkatan lipolisis.

Oleh karena itu, minum air dapat meningkatkan proses metabolisma yang berkait rapat dengan penurunan berat badan.

3. Merangsang metabolisma tubuh

Beberapa kajian menunjukkan, minum air sejuk membantu meningkatkan metabolisma kerana tubuh bekerja lebih keras apabila cuba untuk menghangatkannya.

Proses tersebut dapat membantu membakar lebih banyak kalori yang dikenal sebagai termogenesis.

Dalam satu kajian yang dibuat pada 2013, dilakukan ke atas 50 orang gadis yang mempunyai berat badan yang tinggi. Ujian dilakukan selama lapan minggu terhadap kesan minum air sebanyak 500 ml dalam 30 minit sebelum sarapan, makan pada waktu siang dan makan malam.

Hasil kajian mendapati para peserta telah kehilangan berat badan dan telah mengurangi Indeks Massa Tubuh (BMI) mereka tanpa melakukan perubahan gaya hidup atau perubahan pola makan lain.

Para peneliti kemudian menyimpulkan, penurunan berat badan ini adalah hasil dari termogenesis yang diinduksi oleh air.

4. Membantu membuang kotoran

Minum air sangat penting untuk proses pembuangan kotoran di dalam tubuh. Jika tubuh tidak mendapat cukup air, ini memungkinkan masalah sembelit dan tidak dapat membuang kotoran secara rutin.

Apabila kotoran terkumpul di dalam tubuh, perut akan terasa kembung dan tubuh jadi lebih berat dari yang sepatutnya.

Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2017, menemukan air minuman dapat membantu mencegah dan mengubati sembelit kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

5. Mengurangkan kalori

Minuman manis seperti soda mengandung kalori tinggi. Oleh itu, menggantinya dengan air putih adalah cara tepat dalam mengurangi pengambilan kalori secara keseluruhan dan membantu menurunkan berat badan.

Satu kajian dibuat terhadap seorang wanita gemuk dengan memberinya minuman air putih selama 24 minggu. Kesannya, dia telah mengalami penurunan berat badan lebih banyak berbanding dengan kumpulan yang diberi minuman air soda.

National Academy of Sciences, Engineering and Medicine mencadangkan wanita perlu minum 2.7 liter air sehari dan lelaki 3.7 liter sehari untuk membantu menurunkan berat badan.

Paling penting, kita harus ingat waktu terbaik untuk minum air adalah sebelum makan kerana dapat membantu kita makan dengan jumlah sedikit dan menurunkan berat badan dengan lebih efektif.

Cara sunnah minum air adalah:

1. Minumlah air dengan tangan kanan.

2. Minum air dengan duduk.

3. Mulailah minum airdengan mengucapkan Bismillah.

4. Lihat air sebelum minum.

5. Minumlah air dalam 3 teguk.

6. Setelah selesai setiap tegukan, katakanlah Alhamdulillah

7.Setelah 3 teguk air minum, katakan akhirnya Alhamdulillaahi Wassyukru Lillaah.

Manfaat sunnah air minum

Dengan duduk dan 3 teguk air minum:

1. Buah pinggang tidak akan gagal berfungsi.

2. Lutut selalu berfungsi.

3. Tulang punggung selalu kuat.

4. Katup jantung tidak pernah berhenti.

5. Fikiran selalu aktif.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui cara terbaik menurunkan berat badan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *