Berubah Dan Berjaya: 3 Motivasi Diri Terbaik


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda dan kita semua diberi kekuatan dan kesihatan dalam menempuh segala rintangan yang mendatang dalam kehidupan seharian. Pada hari ini, mari kita baca dan lihat tiga motivasi diri sebelum memulakan hari anda.

  1. Motivasi Diri: Bersyukur dengan apa yang ada

Berdasarkan motivasi diri di atas, kita sebagai umat islam haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang kerana mungkin apa yang kita ada sekarang orang lain tidak dapat merasainya. Kenapa kita perlu bersyukur?

  1. Kerana kita diberikan kesihatan dan kehidupan yang sempurna mungkin orang lain tidak dapat kecapi. Masih ada orang dalam dunia ini yang mati akibat kelaparan, wabak atau penyakit. Beruntunglah kita dapat makan cukup 3 kali sehari berbanding orang yang belum tentu sehari tu dapat makan.
  2. Masih mempunyai tempat berteduh. Biarlah rumah kita sekecil mana pun kita hatta menyewa bilik,kita tetap perlu bersyukur kerana kita dapat berteduh dari panas mentari dan hujan batu.
  3. Masih mempunyai kerja. Dikala wabak Covid-19 yang sedang berleluasa di dalam negara kita, ramai pekerja yang telah dibuang kerja atau akan dibuang kerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji mereka. Sangat beruntung sekiranya anda masih mempunyai kerja dalam situasi wabak virus ini. Meskipun kita tiada kerja, banyak inisiatif lain yang boleh mendatangkan ‘income’ unutk kita. Bekerjalah bersungguh-sungguh dan yang penting ikhlas demi menyara keluarga, anak-anak dan isteri.

Kesimpulannya, jika kita ingat walaupun satu perkara diatas, kita pasti akan merasa bersyukur atas nikmat yang kita ada. Ada diantara kita yang telah ditarik kelebihan ini. Apabila sudah tiada, mungkin kita akan lebih menghargai sesuatu.

2. Motivasi Diri 2: Tidak pernah merasa cukup

Ini adalah lumrah kehidupan. Kadangkala kita kan merasa serba serbi tak cukup, ada shaja yang tidak cukup dalam hidup kita. Bila timbul rasa seperti ini, mulalah kita akan rasa stress dan tidak gembira.

Jadi, bagaimana hendak merasa bahagia? Jom sama-sama kita amalkan dan praktikkan dalam hidup kita agar sentiasa gembira dan positif.

  1. Sentiasa positif.
  2. Raikan kejayaan wa;aupun ia hanya sekecil kejayaan.
  3. Seimbangkan antara kehidupan peribadi dan kerja. Jangan campur adukkan hal peribadi dan hal kerja. Sangat bahaya ya!.
  4. Cari hobi yang diminati.
  5. Menerima ketaksempurnaan dan segala teguran.
  6. Buat apa yang kita suka, jangan buat apa yang kita tidak suka.
  7. Bersyukur dengan apa yang ada.
  8. Berhenti daripada runsing atau risau daripada perkara yang tidak penting.
  9. Keluar dan berkawan dengan orang yang sentiasa positif.
  10. Mengingati kenangan manis.

Selamat mencuba.. Jika tidak semua, sudah memadai hanya salah satu sahaja. Buat apa yang termampu. ANDA PASTI BERJAYA!

3. Motivasi Diri 3: Pengakhiran itu satu permulaan

Kita pergi kepada motivasi diri yang seterusnya. Apabila sesuatu berakhir, sesuatu perkara yang baru akan bermula dan permulaan ini biasanya tersembunyi banyak peluang baru. Jadi, jangan sia-siakan peluang anda jika anda dapat peluang sesuatu yang baru itu. Belajar untuk melihat pengakhiran itu sebagai satu peluang berbanding hukuman boleh mengubah pengalaman hidup kita secara keseluruhan.

Bagaimana kita nak lupakan kisah lampau yang penuh dengan kejadian buruk? Jawapannya adalah hidup kita masa kini. Masa lampau telah pergi dan masa depan akan datang. Sudah tiada guna jika kita mahu mengubah masa lampau kerana ia sudah lenyap. Yang penting adalah masa depan kerana ia ibarat kain putih yang sedang menunggu kita untuk mencorakkannya.

Cuba renungkan..

Hariini kita ada dua pilihan iaitu hidup dan terikat dengan masa lampau atau lepaskan masa lalu dan mulakan hidup baru. keputusan semua ditangan anda. Ingat, fikir betul-betul walaupun pengakhiran kita itu sangat menyakitkan tetapi harus diingat tak selamanya menyakitkan. Maju terus kehadapan dan mula untuk corakkan nya dengan lebih baik.

SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: https://www.sakudigital.my/10-motivasi-diri-terbaik-berubah-dan-berjaya/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *