Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit


Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir.

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian.

Banjir dan Risiko Penyakit

Banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit.
Antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa dan selepas banjir adalah seperti jangkitan pernafasan akut, Konjunktivitis (Sakit Mata), Leptospirosis, Cirit-Birit, Disentri, Hepatitis A, Taun/Kolera, Demam Kepialu (Typhoid), Keracunan Makanan, Demam Denggi, Jangkitan Kulit, Demam Campak (Measles), Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD), Malaria Dan Cacar Air.

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil

  1. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarahkan.
  2. Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir.
  3. Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
  4. Sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.

Jagalah kesihatan :

  1. Pastikan air yang diminum bersih dan dimasak sempurna atau mimum air yang dibotolkan.
  2. Sentiasa makan makanan yang dimasak dan masih panas. Jika makan buah, kupas kulit dan elakkan makan makanan mentah.
  3. Jaga kebersihan diri dan persekitaran; sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, gunakan tandas yang sempurna dan buang sampah di tempat yang betul.
  4. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya.
  5. Patuhi nasihat yang diberikan oleh Anggota Kesihatan.

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *