Bajet RM200 kebawah Boleh Beli Produk Kecantikan Apa?


“Eh, kau pakai lipstick baru ke tu? Yang ini bukan ke harga dia lebih kurang RM100 lebih, sanggup betul kau ya beli liptick harga mahal-mahal macam ini.

Ini baru lipstick belum lagi barang mekap lain, memang banyak betul perempuan nak kena keluar duit semata-mata beli barang mekap.”

Rasanya ramai wanita mengalami masalah yang sama iaitu duit! Almaklum kebanyakan produk mekap dan kecantikan wanita semuanya mahal-mahal, apatah lagi kalau produk tersebut dari jenama luar negara.

Jangan khuatir kerana kamu boleh berbelanja barang mekap dengan bajet RM200 saja, kalau tak percaya jom semak barang mekap mana yang boleh kamu beli dengan bajet sedemikian.

Gincu

Untuk gincu ada beberapa jenama yang menjual gincu dengan harga yang murah, berkualiti dan tahan lama. Ini antara gincu yang boleh kamu dapatkan di Watson, Guardian dan di pusat membeli-belah.

Maybelline Powder Matte Color Sensational RM22.32 – RM25.11

Maskara

Bagi yang ingin mencari maskara yang berkualiti dan juga murah, ini antara jenama maskara yang boleh kamu dapatkan di pasaran.

Wardah EyeExpert Aqua Lash Mascara 1’s RM12.46 [watson]

Bulu Kening @ Eyebrow

Untuk dapatkan bulu kening yang cantik, lebat dan hitam pastinya penggunaan pensil kening sangat diperlukan dan ini antara jenama pensil kening yang murah dan berkualiti untuk kamu guna.

Silkygirl Hi-Definition Brow Liner RM14.70

Foundation

Biasanya krim foundation ataupun foundation jenis dalam compact agak mahal juga harganya, tetapi dengan perbelanjaan yang berhemah, kamu pasti boleh membeli krim foundation yang bagus dengan harga yang berpatutan juga.

Maybelline Fit Me Matte +Poreless Liquid Foundation SPF 22 RM39.92

Bedak Compact

Bedak compact sekarang ini banyak yang murah-murah dan juga berkualiti cuma kena pandai cari saja, ini antara bedak compact yang bagus dan harga berpatutan untuk kamu pertimbangkan.

Maybelline Fit Me Compact Powder RM25.90 [Guardian]

Kalau membeli produk mekap dengan harga barang mekap seperti yang penulis nyatakan diatas, pasti cukup bajet RM200 untuk kamu belanja beli barang mekap diri.

Selamat beramal!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
1
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *