Badan Sering LESU? Jom Amalkan Rutin Minum Segelas Jus Oren Waktu Pagi.


Jus Menyegarkan

Assalamualaikum..Hai semua, baru-baru ni admin ada terjumpa satu artikel yang sangat bermanfaat kepada semua orang terutama bagi individu yang kerap rasa lesu dan tidak sihat atau ia boleh juga terjadi kepada kanak-kanak di luar sana. Jadi admin nak share satu tip untuk elakkan kita atau mengurangkan rasa lesu dan tidak sihat ini.

Antara sumber dari buah buahan yang dapat membantu masalah ini ialah buah oren. Pernah tak kita sedar yang jus oren ni banyak khasiat dia?. Sebenarnya jus oren yang dihasilkan dari buah oren ni terkandung banyak khasiat. Nak tahu apa khasiat dia? Meh saya share.

  1. Dapat membantu merangsang sistem imun badan

Sebagaimana yang kita tahu jus oren ni sangat kaya dengan Vitamin C. Vitamin ini dapat membantu individu untuk membentuk sel-sel imun agar ia bekerja dengan lebih efisyen. Selain itu, jika badan manusia cukup dengan Vitamin C, ia dapat membantu kita mencegah penyakit seperti Scurvy, dimana ia menjadi satu masalah untuk pelayar-pelayar zaman dahulu yang tidak berupaya untuk membawa tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dalam pelayaran mereka.

Sebab itulah kita digalakkan untuk mengambil jus oren jika selalu jatuh sakit atau rasa lesu kerana ia dapat membantu untuk menguatkan ketahanan badan.

2. Bertindak sebagai anti radang

Selain Vitamin C, oren juga mengandungi kandungan antioxidan yang bersifat anti radang atau anti penuaan.

Antioxidant membantu untuk menghalang kesan radikal bebas keatas badan individu serta membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

3. Membantu mengawal tekanan darah

Jus oren mempunyai pigmen utama yang dikenali sebagai hesperidin yang membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Terdapat satu kajian yang menyatakan sekiranya individu tersebut mengambil sebanyak 500ml jus oren sehari secara berkala dapat membantu tekanan darah tinggi bagi individu yang overweight.

4. Membantu mengawal kadar kolestrol

Vitamin C, asid folik serta pigmen yang terkandung di dalam jus oren dapat mengurangkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolestrol jahat.

5. Baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit

Vitamin C juga dapat membantu kulit individu agar lebih sihat dan muda dengan memberangsangkan penghasilan kolagen.

Yang lebih penting adalah menghalang dari kesan buruk sinaran UV yang sangat dititikberatkan oleh golongan wanita!

Semoga Bermanfaat Buat Semua:)

Sumber: https://www.mingguanwanita.my/kalau-badan-kerap-tidak-sihat-amalkan-rutin-minum-segelas-jus-oren-waktu-pagi/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *