Badan kurang air, makan terlalu banyak antara 6 punca asyik rasa mengantuk waktu kerja


Tidur mencukupi pada waktu malam satu keperluan buat mereka yang terpaksa bekerja atau belajar di siang hari keesokan harinya.

Namun masih ada yang masih merasa mengantuk pada siang hari, menyebabkan kerja-kerja tergendala serta fokus juga akan hilang.

Tambahan apabila otak sudah mulai tepu, mood untuk bekerja juga terganggu menyebabkan hari anda akan menjadi tidak sempurna.

Berikut antara 6 perkara yang perlu anda elakkan supaya tidak merasa mengantuk pada siang hari:

1. Makan terlalu banyak karbohidrat

Makan makanan berat dan banyak karbohidrat pada waktu tengah hari boleh membuatkan badan anda menjadi lesu pada waktu petang. Makan makanan yang sihat seperti buah-buahan serta sayuran boleh membuatkan anda kekal segar sehingga lewat petang.

2. Kurang air / Dehidrasi

Kekurangan air dalam badan boleh menjadi punca anda mengantuk yang cukup teruk. Banyakkan meminum air kosong dan tidak berada dalam keadaan dahaga supaya anda kekal segar.

3. Duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama dalam suasana sejuk dan sunyi boleh mendorong seseorang untuk rasa bosan. Rasa bosan ini boleh membuatkan seseorang itu kehilangan tenaga, seterusnya menyebabkan mengantuk.

4. Tidur lewat pada waktu malam

Tabiat suka berjaga pada lewat malam boleh mengganggu tumpuan dan menjejaskan tenaga seseorang pada siang hari.

5. Tidur tidak lena.

Tidur yang tidak lena pada malam hari dapat menyebabkan emosi seseorang itu terganggu, seperti adanya gangguan bunyi atau cahaya yang terang ketika tidur. Dapatkan tidur lena supaya anda tidak merasa mengantuk keesokan harinya.

6. Stress!

Ya, rasa tekanan boleh menyebabkan individu itu kerap berfikir, dan mengakitbatkan keletihan. Keletihan pada otak seterusnya menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak bermaya, malah mengantuk sepanjang hari dan menjejaskan tumpuan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *