Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!


Tinggal dua minggu sahaja lagi, kita semua bakal masuk ke tahun baru 2021 dan apa yang diperlukan tentu sahaja adalah azam!

Pun begitu, pernahkah kalian tertanya atau terfikir tentang mengapa setiap azam tahun baru yang direncanakan sukar untuk berjaya?

Sekiranya anda merancang untuk kesihatan mental yang lebih baik pada tahun depan kami ada beberapa tip yang boleh diikuti.

Azam tahun baru yang sukar berjaya?

“Tahun depan saya nak kurus!”

Monolog ini adalah antara contoh azam paling popular mengenai kesihatan tubuh badan yang sering sahaja tidak menjadi.

Segalanya mungkin mengikut perancangan bermula Januari namun menjelang pertengahan tahun, semua azam itu hilang entah ke mana.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap penduduk di Amerika Syarikat mengenai azam pada tahun baru mereka, 40% daripadanya akan gagal apabila tiba pertengahan tahun.

Ini mungkin berpunca daripada sifat mudah berputus asa yang tidak seharusnya ada terutamanya jika kalian benar-benar beriltizam untuk sesuatu perkara itu.

Tahun 2021, apa kata kita sama-sama cuba berazam untuk kesihatan mental yang lebih baik? Kami ada tip menjayakannya!

Tip menjayakan azam tahun baru!

Disebabkan kita semua sedang berada dalam pandemik COVID-19 yang masih menular kini, bukan sahaja kesihatan fizikal akan terjejas bahkan juga kesihatan mental.

Oleh itu, adalah wajar untuk kita semua bersedia dengan beriltizam dan berazam agar kesihatan mental kita lebih terjamin menjelang tahun 2021 yang bakal tiba.

Menurut Mental Health First Aid (MHFA), berikut adalah beberapa tip untuk menjayakan azam ini:

1. Beri ruang dan peluang kepada diri

Salah satu kesilapan terbesar ketika merancang sesuatu adalah apabila kita terlalu memaksa diri untuk melakukannya sedangkan kurang mampu.

Tahun hadapan, sila beri ruang dan peluang kepada diri dengan membenarkan serta memaafkan diri apabila terjadinya sesuatu kesilapan.

Dengan ini, anda mampu untuk berfikir dengan lebih positif!

2. Rencanakan rutin harian dengan baik

Amaran! Jangan hanya berazam untuk kesihatan mental yang lebih baik namun tidak langsung merancang bagaimana untuk menjayakannya.

Sebaliknya, cuba senaraikan setiap rutin harian yang boleh dijalankan seperti berekreasi,bersenam dan bersuka yang bagus untuk badan dan minda.

Tip tambahan: Pelbagaikan aktiviti harian anda ini agar tidak mudah bosan dengannya pula nanti.

3. Hadkan waktu di hadapan skrin

kesihatan mental

Meskipun teknologi membantu kita dalam banyak perkara, namun ketahuilah bahawa ia juga sebenarnya meninggalkan impak yang negatif.

Sering melekat dengan telefon bimbit dan laptop boleh menjejaskan perhubungan anda dengan masyarakat selain menjadi penyebab penyakit mental.

Tidak salah untuk menggunakannya, namun hadkan ia agar kesihatan mental serta fizikal masih terjaga.

4. Pastikan waktu tidur terjaga

Kajian mendapati bahawa 65% hingga 90% individu yang mempunyai masalah gangguan tidur akan mengalami depresi yang sangat teruk.

Ini bermakna tidur dan kesihatan mental itu saling berkaitan dan sebab itulah kita semua perlu menjaga waktu tidur dengan sebaik mungkin.

Cuma jangan pula anda terlebih atau terkurang daripada jumlah tidur yang ideal untuk diri sendiri ya.

5. Pelajari tentang kesihatan mental dengan lebih mendalam

Paling penting untuk mencapai azam tahun baru bagi kesihatan mental yang lebih sihat adalah dengan mempelajari tentangnya secara lebih mendalam. Ataupun, sila berjumpa dengan pakar psikologi di pusat kesihatan berdekatan anda untuk mendapatkan maklumat yang tentu sahaja benar dan tepat!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *