Ayam goreng popcorn


Nak makan lauk tenghari. Jom buat ayam goreng popcorn yang mudah dan cepat. Ia memang kegemaran kanak-kanak. Hidangannya pun berkhasiat lagi pula jika anda yang memasaknya sendiri. Untuk menyediakan sajian ini, saiz ketulan ayam ini boleh disesuaikan menurut citarasa anda. Namun begitu, janganlah terlalu besar potongannya, nanti tercekik pula!

Bahan-Bahan:

  • 500gm dada ayam, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan tepung
  • 2 1/2 cawan emping jagung, diramas
  • 1/4 sudu teh serbuk paprika
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 biji telur, diukul
  • 3 cawan minyak masak

Cara menyedia:

  1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk.
  2. Gaulkan rata dan perapkan ayam selama 30 minit. Biarkan seketika.
  3. Dalam mangkuk berasingan, gaulkan bersama empingan jagung, serbuk paprika, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Gaulkan semua bahan serata.
  4. Ambil ayam dan gaulkan ke dalam mangkuk berisi tepung sehingga rata.
  5. Kemudian, celupkan ayam ke dalam bancuhan telur dan sadurkan dengan bancuhan empingan jagung tadi.
  6. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega. Biarkan sehingga mentega cair.
  7. Apabila minyak telah panas, gorengkan ayam sehingga warna keemasan. Ulangi proses sehingga ayam habis.
  8. Goreng ayam sehingga masak. Angkat ayam dan toskan minyak. Ayam goreng sedia untuk dihidangkan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
1
lol
omg omg
0
omg
win win
1
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *