Awas! Tips Hilangkan Pijar Lidah Selepas Makan Makanan Pedas.


Sekarang ni ramai Youtuber yang membuat mukbang makan makanan yang pedas lebih-lebih lagi Youtuber korea kan? Sambil tengok tu kita pun terliur juga dan mungkin kita juga akan terjebak buat mukbang πŸ˜†. Selalu juga terfikir macam manalah mereka hilangkan rasa pedas tu ye?

Memang tidak dapat dinafikan jika ambil makanan terlalu pedas ni memang akan membuat lidah kita rasa pijar. Kalau pijar kat tangan pula sebab kita memegang cili padi.

Ada sesetengah tahap pedasnya sampai meleleh air mata, ada juga lebih teruk sehingga sampai tidak boleh bercakap dan susah nak bernafas. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menahan rasa pedas itu. Ada juga sampai berpeluh dan rasa gatal-gatal kepala.

Kalau tak pedas, tak sedap. Kalau terlebih pedas, merana pulak! ha, sebab itulah ada individu yang suka makan pedas dan tidak suka makan pedas. Ini terpulang pada diri anda ya..

Admin ada terjumpa satu artikel dimana terdapat seorang doktor yang telah berkongsi tips untuk hilangkan rasa pijar lidah. Nak tahu apa? Teruskan membaca ye😘

Pernah tak anda minum banyak air untuk hilangkan ras pedas itu? Lepastu rasa lagi pedas..hahaha. Cara ini memang tak berkesan sebab ia akan membuat kita rasa lebih pedas.

Rasa pedas cili dan cabai adalah disebabkan oleh bahan yang disebut sebagai #capsaicin dimana ia mengandungi bahan sifat yang tidak larut air. Sebab itulah minum air atau kemam ais tak berapa efektif untuk hilangkan rasa pedas.

Capsaicin boleh larut dalam bahan berminyak dan berlemak.

Jadi, boleh lah cuba ambil makanan yang berminyak dan berlemak jika rasa pijar lidah:

#1 Susu

Susu mengandungi lemak serta casein iaitu protein yang boleh melarutkan capsaicin itu. Santan dan soya pun boleh!

#2 Coklat

Buat penggemar coklat memang ini sedap! Coklat terutama coklat susu mengandungi banyak minyak dan juga berlemak. Jadi, ia sangat membantu menghilangkan rasa pijar tu.

#3 Mentega kacang

Ini pun ‘Favourite’ juga! Kacang mengandungi minyak dan ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.

#4 Gula

Biasa dengarkan gula ditambah dalam masakan untuk hilangkan rasa pedas tu? Tak percaya boleh cuba dalam masakan ya.. Jadi, gula juga dapat membantutkan rasa pedas. Nak lebih sihat guna madu asli.

#5 Roti

Roti atau makanan yang berkanji seperti nasi dapat membantu untuk menyerap capsaicin. Mungkin sebab itu juga makan makanan pedas ni membuatkan anda bertambah nasi!

Makan makanan pedas ni memang nimat. Tapi perlulah perpada-pada jangan sampai menyeksa diri takut datang masalah lain pula seperti cirit- birit, gastrik dan lain-lain.

Beringat ya!

Sumber: https://www.mingguanwanita.my/doktor-ini-kongsi-tip-nak-hilangkan-pijar-lidah-selepas-ambil-makanan-pedas/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *