AWAS! Mitos Mengenai Diet


Kita mungkin pernah terpengaruh dengan mitos-mitos mengenai DIET atau penurunan berat badan. Contohnya, pengambilan sarapan boleh membantu kita untuk turunkan berat badan.

Ramai di antara kita yang sudah salah tafsir mitos tersebut kononnya jika kita melakukan mitos itu, ia akan dapat membantu kita untuk mengurangkan berat badan. Tetapi kita tidak sedar itu akan memudaratkan kesihatan tubuh badan yang memerlukan cukup nutrisi.

Terdapat juga di antara kita yang mengelak pengambilan nasi supaya dapat menegkalkan tubuh badan yang ramping dan kurus. Sebenarnya ini adalah cara diet yang amat salah mengikut pakar-pakar nutrisi di luar sana yang menegaskan kita agar mengambil pemakanan yang seimbang bukan memudaratkan tubuh badan. Nasi merupakan elemen yang sangat penting iaitu sumber karbohidrat yang baik dan memang benar ia akan menyebabkan kegemukan, tetapi jika mengambil dalam kuantiti yang sangat berlebihan.

Keadaan ini juga sama akan berlaku jika kita mengambil oat, buah-buahan atau roti berlebihan. Kita perlu mengamalkan pengambilan nasi tidak lebih daripada ukuran segenggam tangan anda untuk satu hidangan.

Antara mitos mengenai diet yang sering disalah erti menurut Pakar Pemakanan UiTM Private Specialist Centre, Nadhirah Mohd Khir:

  1. Makan malam penyebab kegemukan

Sistem pencernaan mengambil masa enam ke lapan jam untuk satu proses pencernaan yang lengkap melepasi usus besar. Tempoh masa untuk makanan dicernakan melepasi perut adalah selama empat jam. Oleh itu, disarankan untuk makan malam dua ke tiga jam sebelum tidur kerana:

Ketika tidur, badan akan mengalami Kadar Metabolisma sewaktu Rehat (RMR) yang mana pada saat itu, badan hanya akan menggunakan tenaga sangat minima untuk pernafasan, kitaran darah dan degupan jantung serta aktiviti otak yang sangat minima.

2. Makanan rendah lemak lebih baik

Memang benar makanan rendah lemak ini lebih baik. Tetapi, kita perlu melihat label pada makanan tersebut dari segi lemak tepu dan lemak trans. Jika kita mengambil dua jenis lemak ini secara berlebihan, ia akan menyebabkan kolestrol yang tinggi dan yang lebih teruk akan menyebabkan masalah jantung dan strok.

4. Melewatkan sarapan dapat membantu menurunkan berat badan

Ia bukan membantu kita untuk menurunkan berat badan, tetapi akan lebih memudaratkan dan mengundang penyakit seperti gastrik dan ia dapat mengundang kita untuk mengambik makanan dalam kuantiti yang banyak untuk makanan tengah hari.

5. Tak perlu diet kalau berat badan ideal

Fahamkan semula erti diet. Sekiranya berat badan sudah ideal, masih perlu mengawal kuantiti dan kualiti makanan untuk kekalkan berat badan dan untuk menjamin kesihatan badan dalam jangka masa panjang.

Kesilapan masyarakat adalah disebabkan berat badan sudah ideal, individu itu tidak perlu mengawal pemakanan kerana berat sudah cantik. Perlu diingatkan, kebanyakan individu begini tahap kolesterolnya tinggi kerana difikirkan tidak perlu mengawal kuantiti dan kualiti makanan. Ini hanya terjadi sekiranya individu itu banyak makan makanan tinggi lemak.

Kesimpulannya, walaupun berat badan kita sudah ideal, pemakanan juga wajib dititikberatkan agar tidak mengundang penyakit yang memudaratkan kesihatan tubuh badan. Ayuh bersama-sama mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan seperti gambar dibawah:

Badan Sihat Hidup Cergas:)


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *