AWAS, Ada Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!


Sememangnya tidur malam yang baik adalah penting untuk kesihatan. 

Pun begitu, individu yang kerap tidur berlebihan dikatakan berisiko untuk mengalami masalah kesihatan termasuklah diabetes, penyakit jantung dan peningkatan risiko kematian. 

Tetapi bagaimana untuk mengetahui sama ada anda tidur dalam jumlah yang betul atau berlebihan?

Umumnya, jumlah tidur yang diperlukan berbeza-beza mengikut umur . Ia bergantung pada usia dan tahap aktiviti, kesihatan serta gaya hidup anda.

Misalnya, ketika tekanan atau tidak sihat, anda mungkin berasakan perlunya peningkatan keperluan untuk tidur. 

Walaupun keperluan tidur individu dewasa adalah berbeza, namun, pakar biasanya mengesyorkan agar seorang individu dewasa tidur antara tempoh 7 hingga 9 jam setiap malam. 

Mengapa ada individu tidur berlebihan?

Bagi individu yang menderita hipersomnia, tidur secara berlebihan ini adalah melibatkan masalah kesihatan. 

Ia menyebabkan mereka mengalami rasa mengantuk yang melampau sepanjang hari. Malahan, rasa mengantuk tersebut tidak berkurang walaupun pada siang hari.

Masalah yang dihadapi juga menyebabkan mereka tidur dalam jangka waktu yang lama pada waktu malam. 

Kebanyakan individu dengan hipersomnia mempunyai simptom kegelisahan, kurang bertenaga dan berdepan masalah ingatan akibat keperluan tidur yang berterusan itu.

Keadaan ini yang mengakibatkan penghidapnya terhenti pernafasan beberapa saat semasa tidur, juga cenderung untuk mengalami tidur berlebihan.

Ini kerana keadaan yang dialami mengganggu kitaran tidur normal. 

Sudah tentu, bukan semua individu yang terlebih tidur ini mempunyai gangguan tidur

Antara sebab lain yang menyebabkan situasi ini termasuklah penggunaan bahan tertentu seperti alkohol dan beberapa ubat preskripsi – turut boleh menyebabkan tidur secara berlebihan.

Terdapat juga individu tidur dalam tempoh lebih lama hanya kerana mereka memang mahu melakukannya. 

Terlebih tidur punca masalah kesihatan

Pastinya ada yang ingin mengetahui apakah kesan kepada tubuh jika terlebih tidur, kan?

  1. Diabetes

Kajian menunjukkan bahawa tidur terlalu lama atau tidak cukup setiap malam dapat meningkatkan risiko diabetis

  • Obesiti 

Tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh membuat anda mengalami kenaikan berat badan

Kajian menunjukkan bahawa individu tidur selama 9 atau 10 jam setiap malam adalah 21% lebih cenderung menjadi gemuk dalam tempoh 6 tahun berbanding mereka yang lena antara 7 dan 8 jam.

Hubung kait antara tidur dan masalah obesiti tetap sama walaupun mengambil kira aspek pemakanan harian dan senaman.

  • Sakit kepala 

Bagi individu yang terdedah kepada sakit kepala, tidur berlebihan daripada biasa pada hujung minggu atau percutian, boleh menyebabkan wujudnya kesakitan tersebut. 

Penyelidik percaya ini disebabkan oleh kesan tidur yang banyak pada neurotransmitter tertentu di otak, termasuk serotonin.

Individu yang tidur banyak pada waktu siang dan menjejaskan tidur malam juga akan cenderung mengalami sakit kepala pada waktu pagi

sakit kepala
  • Sakit belakang

Dahulu, doktor akan menyarankan mereka yang mengalami sakit belakang untuk lebih banyak berbaring. Tetapi kini segalanya berubah.

Anda mungkin tidak perlu mengurangkan aktivti harian anda  jika berdepan sakit belakang.

Ini kerana doktor menyedari manfaat kesihatan dalam mengekalkan tahap aktiviti tertentu. Malahan, anda mungkin disyorkan untuk tidak tidur lebih banyak daripada biasa.

  • Kemurungan 

Biasanya keadaan insomnia lebih dikaitkan dengan simptom kemurugan berbanding tidur yang banyak. Walau bagaimanapun, dianggarkan lebih 15% mereka yang mengalami kemurungan akan tidur berlebihan. 

Situasi tersebut menjadikan kemurungan yang dialami akan bertambah teruk. Ini berikutan tabiat tidur yang teratur adalah penting bagi proses pemulihan. 

  • Penyakit jantung 

Walaupun pengkaji tidak dapat mengenal pasti hubungan antara tidur yang banyak dengan masalah kesihatan jantung, namun wujud risiko untuk mengalami penyakit jantung koroner bagi mereka yang tidur antara 9 hingga 11 jam setiap malam.  

kesimpulan

Sekiranya anda tidur lebih daripada 7 atau 8 jam setiap malam, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan bagi menentukan punca ia berlaku. 

Walau apa pun punca yang menyebabkan anda tidur dengan lebih lama, mengamalkan kebersihan tidur yang baik akan membantu diri memperolehi manfaat tidur sihat 7 hingga 8 jam setiap malam.

semoga bermanfaat!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *