Asyik tengok “gadget”, 5 makanan ini untuk elak mata rosak


Sejak pandemik, gaya hidup kita telah berubah. Penggunaan “gadget” kini mempengaruhi kehidupan samada dewasa mahu pun untuk kanak-kanak dan pelajar.

Aktiviti ini mungkin menyebabkan gangguan kepada kesihatan mata dan jika tidak dijaga, boleh menyebabkan kerosakan mata.

Selain tidur yang cukup, mengambil makanan yang sihat dan baik untuk kesihatan mata juga berupaya menjaga mata.

Makanan sihat yang mengandung vitamin A, C dan E serta zink dapat membantu menjaga kesihatan mata.

Vitamin A mampu membantu mencegah kerosakan sel retina dan kanta mata. Vitamin B2 membantu mencegah risiko katarak manakala vitamin E merupakan antioksidan yang mampu membantu mata agar tetap basah dan segar.

Sementara zink membantu menjaga kesihatan retina.

Buah dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin terbaik untuk kesihatan mata. Beberapa makanan yang baik untuk mata antaranya:

1. Lobak merah

Lobak adalah antara sumber makanan terbaik untuk mata. Ia mengandungi beta karotin dan vitamin A dan berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata seperti mencegah kerosakan sel retina dan kanta mata.

2. Brokoli

Sayuran hijau seperti brokoli juga baik untuk mata. Brokoli mengandungi nutrisi zeaxanthin dan lutin, yang fungsinya untuk melindungi mata dari pancaran sinar ultra violet (UV). Selain itu, mengambil brokoli juga boleh mengurangi risiko terkena katarak.

3. Tomato

Tomata adalah salah satu sayuran yang kaya dengan vitamin C dan mata sememangnya memerlukan vitamin C, untuk mencegah penyakit glaukoma.

4. Pisang

Buah pisang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, dan C yang baik untuk kesihatan mata. Ia bukan hanya mudah ditemui malah murah dan sememangnya memiliki pelbagai khasiat untuk mata.

5. Kekacang

Terdapat berbagai jenis kekacang yang berkhasiat seperti gajus dan kacang tanah yang mengandung vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk melindungi mata dari penyakit akibat penuaan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *